Followers

Tuesday, December 30, 2014

Awesome 2014? Yes? Maybe?

Alhamdulillah,
Despite all the crazy stuff. Sakit otak and pening2 as usual, 2014 indeed is a better year.
Dalam 2014, aku menerima anugerah khidmat cermerlang, kenaikan pangkat dan anugerah penulis prolifik. Terkejut? Yup, aku juga terkejut! Aku dapat semua tu bukan sebab aku cukup bagus tetapi sebab aku dikelilingi oleh orang yang tahu menghargai. Terima kasih. Sebetulnya, aku belum cukup hebat untuk meraih apa-apa. Alhamdulillah di atas segala rezeki yang Allah limpahkan.
2014 membawa impak cukup besar.
Aku decided utk kahwin. Ia bukan satu keputusan yg mudah. Terlalu banyak yg aku fikirkan dan aku tak pernah sama sekali merancang untuk berkahwin tahun ni. Aku selalu igt yg aku akan kahwin dua tahun dr sekarang. Tetapi, akhirnya aku insaf. Bukan semua benda jadi macam aku nak.
Hidup tak selalu mcm fairytales. Terima kasih, Allah! Terima kasih sebab kurniakan aku seorang suami yg baik yg mampu bimbing manusia yg penuh khilaf mcm aku. Dia sahabat yang setia dan selalu percaya keupayaan aku walaupun aku sendiri selalu tak percaya diri aku.
Dalam 2014, aku keluarkan karya berjudul Pabila Dia Tersenyum. Selain itu, aku keluarkan dua buku teen penyiasatan-Siri Detektif Cilik Zen. Impian aku memang nak menulis buku penyiasatan sejak kecil. Akhirnya, dalam 2014, aku berjaya mencapainya.
Oktober lepas, editor BP contact aku dan beritahu manuskrip aku EXAG! yang aku hantar 2013 akan diterbitkan Januari 2015. Sekali lagi, Alhamdulillah. Apabila 2014 sudah hampir melabuhkan tirai, aku menerima kejutan dari editor Ecah yang buku kanak-kanak aku akan diterbitkan March 2015.
Terima kasih, Allah! Terima kasih juga kpd semua insan-insan yang menyokong aku selama ni! Btw, aku br dpt berita yg anak saudara aku akan bertambah lg. Chaiyok, Along! :p

Regards,
liza nur

Monday, December 29, 2014

Dugaan 2014

2014 mula melambai.
Membekam sejuta duka.
Bermula dengan peperangan yang tak sudah-sudah. Pertelagahan antara puak Israel dan Palestine di Gaza yang masih berpanjangan. Gambar-gambar perang yang menyedihkan tersiar melalui internet. Tabung Gaza ditubuhkan untuk membantu. Semasa kita mendoakan nasib saudara-saudara di sana, ada pula yang meletakkan gambar tentera-tentera Israel yang terkorban dan memaki-hamun mereka habis-habisan di Facebook. Sungguhpun aku marah pada kekejaman mereka, tetapi aku rasa kita tidak seharusnya meraikan kematian. Ia bukan budaya kita dan agama kita tidak mengajar kita untuk menghina orang lain.
Sedang nasib Palestinian tidak terbela, saudara seagama yang berlainan fahaman bertelagah di Syria. Ada yang menyokong IS dan ada sebaliknya menyebabkan agama yang dari tunjang yang sama berpecah. Persoalannya tak adakah resolusi lain selain perang? Menyembelih manusia dan membogelkan mangsa? Adakah itu ajaran kita? Sudah pasti tidak. Tetapi, manusia sekarang mendefinisikan agama mengikut keuntungan dan nafsu sendiri. Paling menakutkan komen-komen di yahoo news yang aku baca untuk melihat sentimen jelas menunjukkan kewujudan masalah perkauman. Adakah ia mainan politik? Entah, tetapi ramai orang-orang yang mengaku bijak pandai agama berhujah itu dan ini dan mempersendakan agama orang lain dengan menggunakan hadith-hadith yang jauh menyimpang maknanya dari apa yang mereka perkatakan. Sekarang aku mulai faham apabila orang cakap kalau nak belajar agama, kita perlu mencari guru. Jangan sesekali mencari definisi sendiri sesedap rasa hanya dengan membaca.
Wabak Ebola mengganas di Barat Afrika. Makanan ruji penduduk di sana iaitu ‘bush meat’ selaran buat monyet, kelawar dan etc membuat Ebola kian merebak. Ebola merebak dari haiwan liar kepada manusia. Di awal perebakan masih ada penduduk Afrika yang menyalahkan kerajaan mereka yang kononnya bertopengkan Ebola untuk mendapatkan bantuan dunia. Benarkah? Tetapi, penyakit ini membunuh (50% fatality) dan vaksin yang ada masih dalam peringkat trial. Tetapi ia bukan fenomena baru. Bermula di Sudan dan Congo pada tahun 1976, virus ini sudah menjadi semakin serius.
Plane crash membuka mata Malaysian. Ia juga bukan sesuatu yang baru. Tetapi ia mencelikkan kita kerana dalam tahun 2014, tiga aircraft milik Malaysia terlibat; 2 milik MAS dan 1 milik AirAsia. Bermula dengan 8 March 2014, apabila MH370 hilang bersama 227 penumpang dan 12 krew. MH370 adalah aircraft  jenis Boeing 777-200. Ia sepatutnya dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing apabila hilang tanpa petunjuk. Macam-macam teori timbul tanpa mempedulikan kesedihan keluarga mangsa. Semua orang berlagak macam crash expert.
Belum reda krisis MH370, pada 17 July 2014 satu lagi Boeing 777 milik MAS iaitu MH17 terhempas di sempadan Ukrain-Rusia akibat ditembak dan 298 orang maut. Bermacam lagi teori dicipta walhal kes yang disiasat belum disimpulkan. Ia lebih rumit memandangkan ia melibatkan beberapa nation dan pastinya menyentuh sensitiviti politik.
Apabila aku cuba menghela nafas, aku dikejutkan dengan satu lagi berita awal pagi semalam yang Airbus 320-200 QZ8501 milik AirAsia (49% owned-associate co AirAsia Indonesia) hilang semasa dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Juanda,  Surabaya ke Lapangan Terbang Changi, Singapore. Aku hanya mampu menahan sebak, bersengkang mata depan laptop dan menekan butang refresh sambil mengharapkan ada berita yang mampu mengungkai misteri kehilangan pesawat. Peluangnya tipis. Semasa krew meminta untuk menerbangkan pesawat ke 38,000 kaki untuk mengelak ribut pada jam 6.13am dan kemudian hilang dari radar pada 6.17am, ramai sudah menganggak kemungkinan yang berlaku. Apatah lagi dengan berita ribut yang melanda di situ sehingga ketinggian 44,000 kaki. Aku kelu. Aku aviation analyst, bukan crash analyst. Tetapi, tahun ini aku terjerat dalam perang spekulasi yang menganjak dan menjatuhkan saham-saham sektor penerbangan. Sebagai manusia, momen ini buat aku sebak. Terutama apabila aku terpaksa memberi update kepada fund managers semasa morning meeting tentang bencana-bencana sebegini.
Banjir satu lagi dugaan 2014. Ia sudah sinonim dengan Malaysia tetapi seperti tahun-tahun sebelumnya, tak ada sesuatu yang signifikan diubah untuk menangani banjir. Berita menghebahkan tentang bantuan banjir dan pemimpin turun padang. Aku faham ia penting. Tetapi, aku teringin untuk tahu apa yang diubah untuk mengelak ia datang lagi tahun depan. Banjir seolah-olah sudah menjadi tetamu tahunan. Lebih 100,000 mangsa banjir dipindah ke pusat sementara sampaikan warga hospital terpaksa berpindah-randah.
Selepas H7N9 (strain baru bird flu) dilaporkan March 2013, wabak ini diam seketika. Tetapi hujung minggu lepas ia muncul lagi di Hong Kong. Seorang wanita dikatakan telah dijangkiti H7N9 selepas makan ayam di Shenzen walaupun tidak terdedah kepada live poultry. Walaupun aku rasakan lebih ramai orang mati akibat demam biasa dari H7N9 buat masa ini, tetapi apa saja wabak memang menakutkan. Apatah lagi kalau WHO mengisytiharkan sesuatu virus atau penyakit sebagai pandemik.
Aku bingung seketika. Mungkin tika ini, aku terdedah kepada aura negatif dari insiden sekelilingku sehingga susah untuk aku mencerna. Dalam beberapa hari lagi, sebelum 2014 melabuh tirai, InsyaAllah aku akan cuba mencoret ceritera positif yang aku lalui sepanjang 2014. Untuk sekarang, aku tidak mampu bercakap apatah lagi berfikir tentang aku apabila otak aku berputar pada skala manusia sekeliling yang dilanda bencana.

Untuk sekarang, adios! Assalammualaikum!

Wednesday, December 3, 2014

Manusia dan Monyet

Minggu lepas, aku gi main badminton berdekatan Taman Rimba Ampang.
Lepas main badminton, aku menghabiskan kudrat dengan speed walk.
Sambil hirup udara segar, aku cuci mata tengok pokok-pokok hijau dan monyet-monyet main.
Tak lama lepas tu, aku nampak empat orang remaja yang menaiki motor. Penunggang motor pertama bawa seorang remaja perempuan. Penunggang yang kedua bawa kawan/saudara lelaki. Aku rasa usia mereka dalam lingkungan 14-16 tahun.
Cuti sekolah. Jadi, aku kagum ada juga remaja bangun awal untuk beriadah dengan rakan-rakan (aku cuba fikir positif). Perkembangan fikiran positif aku akhirnya terbantut apabila nampak mereka merokok. Hadoi!
Tetapi, tiba-tiba aku nampak motor dua remaja lelaki tadi berhenti. Mereka kutip sesuatu dari atas jalan (batu atau ranting kayu). Aku nampak mereka patah balik dan baling benda yang mereka kutip pada monyet-monyet yang tak usik mereka langsung tu.
Mereka keluarkan bahasa kesat pada monyet-monyet tu. Mereka panggil monyet tu b*** (walau dah sah2 itu monyet dan bukan b***. Kesian pada mereka, buta spesies rupanya). Mereka marah-marah. Kemudian, mereka gelak.
Aku tersentak sekejap.
Alangkah malunya aku sebagai manusia. Tiba-tiba aku rasa monyet-monyet lagi bijak dari manusia. Mereka buat hal sendiri dan tak kacau orang. Mereka cari makanan untuk anak-anak dan diri mereka sendiri. Mereka tak ada corruption dan mereka ajar anak-anak mereka untuk jadi monyet sejati. Sob sob sob.
Kepada adik-adikku yang dikasihi, anda semua dikurniakan otak yang bijak. Jadi, tak usahlah bersikap kurang bijak. Jangan jadikan alasan masih muda untuk buat salah. Sejujurnya, aku dan kawan-kawan baik aku masa sekolah dulu tak pernah pun baling benda pada binatang dan maki2 (oh, tapi aku pernah marah seekor biawak sebab makan anak itik aku yang comel). Padahal aku dok kampong lagilah banyak binatang.
Sekian, cerita kali ini…

Adios!

Thursday, November 27, 2014

Ex Aku Gila!

Assalammualaikum,
Aku hantar ex aku gila dalam tahun 2013.
Akhirnya setelah lama menanti, EAG! akan keluar Januari depan.
Wish me luck!

Thursday, October 2, 2014

I wish upon a star

I’m always enthusiastic when it comes to site visit though most of the time it involves going into small estates in the middle of nowhere with no hp signal and definitely no internet.
So, given that aku memang suka site visit, aku tak adalah nak merungut masa dapat tahu kena masuk estates 2 weeks before my big day. It was an awesome trip. 3 hari dalam hutan tanpa signal telefon dan internet, jalan yang berbonggol dan makanan dari sayur-sayuran yang ditanam sendiri oleh pekerja-pekerja ladang. Aku berterima kasih kerana diberi peluang masuk ke Ladang Talisai dan Sugut yang terletak di Sandakan, Sabah.
Selain tengok ladang dan pemprosesan kelapa sawit, seperti biasa aku ambil peluang melihat ragam manusia dan memerhatikan keadaan sekeliling dari penempatan pekerja sehinggalah ke sekolah yang dibina untuk mendidik anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di ladang kelapa sawit. Berbuah rasa kagum apabila melihat mereka ni sebenarnya anak-anak yang cukup rajin, fasih membaca dan mengira. Malahan ramai yang fasih berbahasa Inggeris. Tercuit pula rasa segan membayangkan anak-anak Malaysia sendiri yang seusia dengan mereka masih belum tau membaca.
Selain dari kerja, aku berpeluang masuk ke dalam kawasan dusun syarikat yang aku lawati, menikmati buah-buahan tempatan fresh dari atas pokok (akulah yang gatal tangan memetik itu dan ini sendiri). Paling menarik, ketika cuaca hujan lebat dan ribut, aku masih sempat dibawa menjelajah sungai dengan bot laju sambil menangkap ketam. Sibuk aje aku berdiri atas bot dalam hujan, tarik sangkar ketam. Nasib baiklah tak tercampak dari bot. Aku dengar dari pengemudi bot yang tadi ada ‘bujang senang’ timbul kat jeti. Isy, takut jugak! Kang tak pasal kena ngap.
Tiga hari berlalu cepat. Semasa di sana aku berpeluang mengenali Z (seorang wartawan akhbar business). Paling menarik, aku dapat berkenalan dengan dua orang wanita cekal yang merupakan ahli sukarelawan Persatuan Pink Ribbon (for breast cancer). Mereka berdua adalah antara yang terselamat dari breast cancer. Cara hidup mereka sangat mengkagumkan. Mereka sangat open minded dan aktif.
Aku kira pengalaman terselamat sewaktu nyawa sudah berada di hujung tanduk adalah sesuatu yang cukup menginsaf dan barangkali ini mendorong dua wanita cekal tu untuk ‘live the life to the fullest’. Salah seorang dari mereka memutarkan kisah tentang pengalaman hidup yang dia dah lalui. Aku yang masih terkial-kial mencari makna hidup sendiri insaf sekali. Sob sob....
It has been a very challenging year, juggling between my busy work as investment analyst for plantation and airline sectors and my on-and-off writing career. I’m very thankful to all the scriptwriters that have tried their best to channel my books to numerous tv stations for drama adaptation though none of them have succeed so far. Terima kasih sebab percayakan karya-karya liza nur.
2014. Aku membuat banyak keputusan drastik yang aku tak sangka aku akan buat. Ada di antaranya yang membuatkan aku menangis dalam diam dan menimbulkan penyesalan yang amat. Tetapi, aku memilih untuk terus melangkah ke depan. Pasti ada hikmah di sebaliknya.

TUHANku, aku tak layak ke syurgaMU. Namun, tak pula aku sanggup ke nerakaMU. Ampunkan dosaku, terimalah taubatku. Sesungguhnya, ENGKAUlah pengampun dosa-dosa besar. Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Ini barangkali post terakhir sebelum aku melangkah ke alam baru. Doakan aku bahagia dengan pilihan yang aku buat.






Friday, September 12, 2014

Nombor kad pengenalan?

Selepas banyak kali disoal tentang nombor tengah kad pengenalan aku yang tidak menyerupai kod 01-16, aku akhirnya gatal tangan untuk membuat research sendiri.
Aku menyemak dengan beberapa kawan yang lahir di negeri-negeri lain dalam tahun 1986 dan ternyata mereka (kesemua yang aku tanya) mempunyai nombor tengah IC yang bukan dari digit 01-16 seperti orang-orang lain.
Ramai yang selalu tanya aku kat mana aku lahir. Apabila aku jawab Pulau Pinang, mereka tanya kenapa bukan 07. Aku akan jawab tak tahu (obviously aku memang tak tau). Kalau tanya kebanyakan orang JPN pun mereka akan jawab tak tahu. Tetapi mengikut maklumat yang aku baca dari Malaysia Central Directory, berikut adalah nombor tengah IC mengikut negeri kelahiran masing-masing:

01, 21, 22, 23, 24 – Johor
02, 25, 26, 27 – Kedah 
03, 28, 29 – Kelantan 
04, 30 – Malacca 
05, 31, 59 – Negeri Sembilan 
06, 32, 33 – Pahang 
07, 34, 35 – Penang 
08, 36, 37, 38, 39 – Perak 
09, 40 – Perlis 
10, 41, 42, 43, 44 – Selangor 
11, 45, 46 – Terengganu 
12, 47, 48, 49 – Sabah 
13, 50, 51, 52, 53 – Sarawak 
14, 54, 55, 56, 57 – Federal Territory of Kuala Lumpur 
15, 58 – Federal Territory of Labuan 
16 – Federal Territory of Putrajaya


See! Penang bukan setakat 07 tetapi juga 34 dan 35. Dah terbukti yang aku memang orang Pulau Pinang (walaupun dialek aku sebenarnya boleh berubah-ubah ikut dengan siapa aku bercakap).

Dah alang-alang berkongsi tentang nombor tengah, mari komen tentang enam nombor IC yang pertama. Kebiasaannya enam nombor pertama adalah nombor tarikh lahir kecuali tidak dapat disahkan tarikh kelahiran. Jadi, semua orang pun dah sedia maklum yang nombor dimulakan dengan tahun kelahiran, bulan dan seterusnya tanggal. Nombor tengah macam aku cakap tadi nombor state.

Nombor terakhir pula kebiasaannya melambang jantina kita. Kalau nombor genap, bermaksud perempuan dan nombor ganjil pula untuk lelaki. Dalam sesetengah kes, ada yang tersalah dapat nombor untuk jantina dan kalau tak alert semasa buat nombor IC, nombor tu dibiarkan saja.

Sekian info untuk kali. Adios.


liza nur

Wednesday, August 20, 2014

To stay humble...

Kejayaan utama dalam hidup seseorang berbeza mengikut individu.
Ada yang rasa berjaya apabila ada rumah besar.
Ada yang rasa berjaya apabila ada kereta mewah.
Ada yang rasa berjaya apabila sudah berkahwin.
Kalau ada banyak perisa maggi, macam itu jugalah perisa sifat manusia... rasa yang bermacam-macam dan adakalanya bercampur-baur.
Tetapi, adakah kita masih mampu berpijak di bumi? Tidak angkuh dan tidak pula lupa asal-usul kita.
Dari tanah kita datang, pada tanah kita pulang sambil menanti hari dihisab.
Jauhkanlah sifat riak.
Jangan pula memandang rendah atau menghina manusia lain tak kira dari segi apa. Kalau seseorang manusia itu hendak berubah, dia boleh jadi jauh lebih baik. Jadi, jangan menzalimi saudara-saudara yang masih belum mendapat hidayahNYA. Kita belum cukup hebat. :)
http://www.youtube.com/watch?v=2hrfyaVGnGY

Thursday, August 7, 2014

Aku yang tertipu...

Assalammualaikum...
Kisah beberapa minggu lepas....rewind balik (sila bayangkan bunyi tape yang diputar)
Dalam kepala dah sebulat tekad untuk tidak menderma di jalanan.
Sebabnya, untuk tidak menggalakkan. Bagi yang memang layak, aku rasa lebih elok mereka dapat bantuan dari pusat zakat supaya tak menyusahkan mereka mengemis (terutama yang buta sebab orang yang bawa mereka tu biasanya ambil proportion dari derma kita. entah sampai pada yang didermakan entahkan tidak).
Kalau menderma pada budak2 pula, kita akan menggalakkan sindiket. Bagi yang tidak layak, dah tentu duit kita akan terbuang sia-sia.
Aku lihat pengemis jalanan warga asing dah membanjiri KL dan Shah Alam. Mereka mengemis atas jalan raya.
Dua kisah untuk aku kongsi...
Satu, aku ke Ampang Point untuk berbuka puasa. Aku pergi dalam pukul 3pm untuk booked restoren. Sampai saja di sana, aku perasan ada seorang pengemis wanita warga asing yang memakai tudung litup sedang curi2 makan ayam kfc sebelum sambung minta sedekah. Dia nampak tak kisah langsung masa aku memberi jelingan terkejut.
Dua, minggu lepas semasa aku pergi ke Shah Alam untuk makan di gerai seksyen 2. Ada seorang lelaki berjubah putih dengan kopiah (dari Pakistan khabarnya) meminta sedekah. Disebabkan aku banyak pengalaman buruk ditipu, aku buat tak tau. Kemudian, sedang aku makan, dia terus merayu dan nak menangis. Semua orang pandang aku macam aku ni buat sesuatu pada dia (walhal aku tak kenal pun). Jadi aku terpaksa hulurkan sedikit sebab dia tak mahu tinggalkan meja aku.
Tak sampai lima minit, aku nampak dia sedang keluar dari kedai runcit berdekatan dengan rokok di tangan dan jalan tak bongkok macam masa dia mengemis tadi. Kononnya masa mengemis, nak beri makan bayi anak dia. Di manakah makanan untuk baby? Rokok=makanan?
Mengapakah kejam benar mereka? Sanggup mereka cerita, merayu dan menangis? Bukankah lagi senang kerja? Maruah pun tak tercalar. Kalau mereka ada duit nak datang Malaysia, kenapa tak ada duit makan. Hairan bin Ajaib.
Lepas ni, aku taubat berpegang pada prinsip aku. Aku akan menderma pada saluran yang sepatutnya, bukan lagi di jalanan. Biarlah kalau orang anggap aku kejam. Aku ada sebab sendiri.
Kisah aku kongsi hanya untuk kesedaran.
Salah silap, harap dimaafkan.

Regards,
liza nur

Cover Zen II... Menjejak Rania Garthwaite

Assalammualaikum.
Hidung aku dah kembang tak kempis2 (walaupun aku cuba nak gunakan metafora tapi hakikatnya hidung aku memang kembang)
Cover Zen II: Menjejak Rania Garthwaite dah keluar.
Walaupun Zen I: De Mont dan Kristal Itali pun belum sampai kedai, tetapi idung aku tetap kembang jgk...hohoho
Untuk mereka yang berminat dengan kisah penyiasatan remaja, jangan lupa dapatkan Siri Detektif Cilik Zen nanti ya.
Seperti novel dewasa, bingkisan remaja aku InsyaAllah menjanjikan kelainan dari lambakan kisah-kisah remaja di pasaran.
Hidup kisah penyiasatan! (jerit bdk yg gila kisah penyiasatan- aku la tu)
Terima kasih kepada May untuk ilustrasi yang cantik!
Terima kasih kepada editor aku, Is yang sangat dedicated!
Anda awesome!


Regards,
liza nur

Sunday, July 27, 2014

Eid Mubarak

Assalammualaikum...
Eid Mubarak kepada semua ahli keluargaku, sahabat-handai, rakan sekerja dan pembaca-pembaca yang sangat aku kasihi. Dengan penuh rasa rendah diri, aku menyusun sepuluh jari dan memohon kemaafan dari semua. Kalau ada salah-silap, terkasar bahasa, salah sangka dan lain-lain, aku mohon maaf zahir dan batin. Aku hanyalah manusia biasa, tak ampuh dengan dosa. Ampunkan aku.
Kalau ada tersalah tatabahasa, maaf dipinta. Aku selalu cuba menaip secepat mungkin. Huhuhu...


Wednesday, July 23, 2014

Raikan kemenangan...bukan kematian

Aku benci keganasan.
Aku marah pada kekejaman yang berlaku di Gaza.
Aku Muslim dan aku berbangga dengan agama aku walaupun orang menyelar Muslim pengganas.
Ya, aku doakan pejuang Islam di Gaza selamat dan meraih kemenangan.
Tetapi, aku terkilan apabila melihat cacian saudaraku ke atas tentera Israel yang terkorban dan postkan gambar2 orang yang sudah mati atau mengeluarkan komen 'padan muka'. Jangan menjadikan diri kita seperti mereka kerana ajaran agama kita lebih mulia dari itu.
Marilah kita sama-sama meraikan kemenangan pejuang agama kita tiap kali tentera Gaza berjaya dalam pertempuran...Ya, raikan kemenangan tetapi bukan raikan kematian manusia.
Tentera Islam di Gaza berjuang demi kebebasan... demi nyawa-nyawa yang cukup berharga...
Mereka terpaksa membunuh untuk melindungi diri dan keluarga dari serangan musuh... Ia bukan disengajakan...
Ajarkan pada dunia, Islam bukan pengganas...Islam perjuangkan keamanan dan kemanusiaan.
Kalau kita mengecam sesuatu yang buruk, jangan kita pula mempamerkan sifat yang buruk yang mampu membuat orang salah sangka pada agama kita.
Peace!
http://www.youtube.com/watch?v=rD79V9qAPSw


Tuesday, July 8, 2014

Zen dah muncul...

Wohoo...
Cover Detektif Cilik Zen dah keluar.
Akhirnya tercapai juga cita2 zaman kecil aku untuk tulis buku penyiasatan. Alhamdulillah.
Kepada remaja-remaja di luar sana, jangan lupa dapatkan Zen 1 yg bertajuk De Mont dan Kristal Itali ya...InsyaAllah siri ke-2 akan muncul tak lama lagi... :)

Lambaian Jakarta...

Assalammualaikum!
Sebulan aku bekerja di Jakarta...
Dugaan paling berat adalah laptop aku nazak
Ia menghembuskan nafas terakhir (buat ms ni sebab aku belum hantar kedai) selepas 2-3 minit aku turn on
Rasa sesak dada
Sebulan aku tinggal di sebuah studio apartment yang terletak di antara Grand Jakarta dan Thamrin Mall tanpa laptop aku.
Aku naik banjou ke Tanah Abang seorang
Merayau2 di Thamrin Mall dan sesat seorang (sungguh memalukan).
Apa yang boleh aku katakan? Seperti di Malaysia yang ada sesetengah pemandu teksi adakalanya mengambil kesempatan ke atas pelancong, di sana juga sama. Aku pun ada juga kena. Nak buat macam mana? Aku kan perempuan, dahlah jalan seorang, tak kuasa aku nak gaduh dengan diaorang
Makanan Indonesia sedap2 belaka dan biasanya fast food pun ada meal yg ada nasi memandangkan Indonesian sangat menggemari nasi (mengikut pemerhatian aku) dan mereka biasanya pasti ada keropok ketika makan nasi.
Jalan Jakarta sangat menduga. Jarak apartment dan tempat kerja hanya 6.2km tapi aku boleh tersangkut lebih sejam. Kalau pada hari2 biasa pun, berangan sajalah kalau nak dapat drive pada kelajuan 90-100km/jam
Tapi, menarik! Lebuh raya di sana ada had slow. Ada had laju dan had slow pun ada untuk mengelakkan kenderaan drive slow sangat dan ganggu pengguna jalan raya yang lain. Almaklumlah, populasi di sana besar, jalan sentiasa sibuk atau macet (jalan busy dalam bahasa Indonesia).
Kefasihan rakyat berbangsa Cina di Jakarta bercakap dalam Bahasa Indonesia membuahkan rasa kagum dalam diri aku. Almaklumlah, tak ramai kawan2 aku yang berbangsa bukan Melayu yang fasih berbahasa Malaysia di pejabat aku di KL. Mungkin juga kerana tuntutan kerja sebab bahasa perantaraan kami di pejabat adalah Bahasa Inggeris.
Batik adalah pakaian yang sangat popular di sana dan juga pakaian rasmi. Tak kiralah bangsa apa, ramai yang berbaju batik dengan pelbagai fesyen ke pejabat.
Nama kawan2 di Indonesia juga menunjukkan mereka serumpun walaupun nama family bangsa lain ada tersorok dalam nama Indonesia mereka. Ia tidak ditunjukkan secara terang-terangan.
Paling pening kepala, sewaktu nak checkout, ada pula orang yang makan kat kafe lepas tu charge ke bilik aku. Gila! Banyak pulak tu. Tak kuasa aku nak bayar. Sampai sekarang aku pelik macam mana pihak hotel benarkan 3 lelaki asing charge makanan mereka ke studio apartment seorang perempuan. Aiyok!
Seperti attachment2 aku yang lain sebelum ini, aku dapat nampak pelbagai perkara positif dan negatif sewaktu sebulan aku di sana. Tetapi, aku mengambil yang jernih saja. Aku sendiri tidaklah sempurna.
Sudi-sudilah usyar gambar yang aku snap di sana sini.
Adios.







Monday, May 26, 2014

less travelled road

Masa kecil dulu, kalau orang tanya cita-cita, jawapan aku sama ada nak jadi polis atau tentera...
Dah besar sikit, berangan nak jadi penulis.
Sekarang, lepas dah jadi penulis, aku fikir berapa ramai orang yang baca apa aku tulis.
aku bukan pakar bahasa, tak pandai menganyam bahasa sastera yang halus dan indah.
Jadi, maaf kalau ada yang rasa bahasa aku macam budak tadika.
Kelulusan di uni dulu investment, finance & economics.
Ni kalau tulis kat opis banyak keluar nombor aje. huhuhu...
Tapi, aku happy apabila ada org beritahu aku saudara dia yang tak pandai sangat mengeja sanggup habiskan buku aku. (kembang kuncup idung)
Bagi aku, tak kiralah simple macam mana karya tu, kalau ia boleh sampaikan mesej, ia boleh membuat ada ketawa, marah, senyum dan nangis, ia karya yang ada umph...
Ramai penulis berpengalaman di luar sana bagi tips berguna untuk menulis.
Kalau tanya aku, aku jawab 3...1) observation- penulis kena suka memerhati, dari situ tercetus idea. 2) jangan sombong. penulis tak perlu jadi diva. apa ko ingat kerja penulis ni retis? pendapatan penulis Malaysia bukan macam di luar negara (unless anda memang bestseller). kalaupun bestseller, anda tak mampu beli semua buku anda. kalau pembaca tak beli, tak bestseller juga. jadi, usah riak. 3) pekakkan telinga dan rabunkan mata apabila ada orang mengutuk kaw kaw buku anda atau mengeluarkan kenyataan 'sorry la i tak baca novel' macam anda suruh dia beli novel anda. bila ntah suruh dia beli? hahaha...hakikatnya, tak ada karya yang sempurna melainkan karya ALLAH SWT. segala yang sempurna milik DIA.
Dunia penulisan bukan lagi the road less travelled.
Ada banyak lambakan penulis dan masih ramai akan masuk ke market.
Jadi nawaitu untuk menulis sebenarnya boleh memberi kita ketahanan diri utk bertahan dalam industri tak kira sekecil manapun kita (nasihat penulis yg dah 11 tahun dalam industri tapi tak popular langsung-aku ler tu)...hehehe...
Sekian...

Xoxo,
liza nur

Friday, May 2, 2014

Aku insan kerdil (fizikal dan mental-emosi)

Salam,
Maaf, aku tak dapat pergi PBAKL
Aku terlibat dalam kemalangan malam sebelumnya..
Buah hati pengarang jantung aku, Charlie cedera teruk...
Punca? Accident di jalan bertentangan...Pemandu kereta depan sibuk nak usyar accident tu dan emergency brek, aku pun terpaksa brek juga... Pemandu kereta belakang pulak tengah main handphone dan dia tak sempat brek...Pastu dia langgar aku dan aku pun terlanggar keta depan (Audi okey)...
Nasib baik ada orang sudi volunteer tolong hantar aku pergi kerja...
Charlie akan duduk diam kat Perodua untuk tiga minggu khabarnya...
Semoga Charlie cepat sembuh...dialah kekasih dunia yang sejati buat aku sejak 3 tahun lepas...Tanpa Charlie, idup aku tak keruan (hoh, mengaku jela aku tak boleh keluar kalau tak ada keta..hohoho)
Alhamdulillah, TUHAN takkan menguji kalau hambaNYA tak mampu menahan dugaan itu...

Pagi ni, aku membaca komen Pabila Dia Tersenyum di sebuah akaun laman sosial...
Dalam komen tu, pembaca rasa nak campak buku aku kat dinding...
Apa perasaan aku? Hahaha... Aku gelak aje dan cakap Alhamdulillah...
Ini bukan kali pertama aku dikritik...
Bukan kali pertama karya aku dirasakan tak menepati citarasa orang...
So aku dah biasa telan kata-kata begini... Betul kata Syai, perasaannya sama macam kau lahirkan anak, kemudian orang cakap anak kau hitam, tak comel..blablabla... Tapi, bagi aku, anak tu tetap anak aku... Jadi, aku terima dengan hati terbuka dan aku masih sayang Pabila Dia Tersenyum...
Maaf, aku tak mampu puaskan hati semua orang... Cerita yang anda kata benci, ada orang cakap dia suka...
Kalau perisa maggi pun banyak kat supermarket, perisa buku pun sebenarnya banyak...
Tapi, aku rasa bersalah pada pembaca ini sebab dia beli buku yg dia tak suka...(honestly, aku memang rasa bersalah..)
Dengan ini, aku mahu menyusun sepuluh jari dan memohon sejuta ampun kepada para pembaca di luar sana yang tak suka karya-karya aku...Aku dengan rendah diri, mengaku yang diri ini penuh khilaf... InsyaAllah, aku akan cuba baiki kelemahan diri dan karya2 aku...
Maaf, aku hanya insan kerdil yang suka menulis ikut gerak hati... Kalau aku matikan watak, bukan sebab aku bencikan watak itu... Aku hanya rasa kematian terlalu dekat dengan kita... Mungkin esok lusa giliran aku.. Jadi, aku sama sekali tak mau mencipta musuh atau membuat orang yang aku tak kenal pun terkilan dengan perbuatan aku... Jadi, maaf... maaf... maaf...

Cheers,
liza nur



Wednesday, April 16, 2014

liza nur dan angan-angan Mat Jenin...

Aku tak ada mood utk menulis blog lately.
Sejujurnya, aku tak tau apa nak tulis.
Pabila Dia Tersenyum dah masuk second printing. Alhamdulillah.
Zen akan menyusul June nanti dalam edisi remaja. Buat masa sekarang, Zen masih lagi di tangan editornya, Is.
Buat yg masih trtanya2 bl BIP dan BS akan didramakan, aku tak tau. Maaf, aku dah cuba yang terbaik utk pitch storynya. Tetapi setakat ni, jawapan dia mcm tunggu bulan gugur (tp, kalau bulan gugur, aku tak tunggu..aku lari dulu)
Aku tak maulah nanti dituduh menyimpan angan-angan mat jenin. Kalau ada rezeki mana2 buku diadaptasi, Alhamdulillah, aku bersyukur. Kalau tak ada, aku harap pembaca2 tak sedih. Sebab ia masih boleh dimainkan dalam cakera kepala sewaktu membacanya dalam bentuk novel. Aku percaya pembaca semua mempunyai imaginasi tinggi (penulisnya pula berangan kosong...hehehe)
Air dah ada balik, tak lagi dicatu...juga Alhamdulillah.
Dua minggu ni aku happy sangat.
Aku rasa hidup aku tenang dan tak kosong (perasaan aku je tu..huhuhu)
Berita buruk yg ada dalam tempoh 2 weeks ni hanyalah...aku kena saman lagi...
Sadis...

Sekian...
liza nur

Thursday, April 3, 2014

LRT moment...

Salam...
Lrt adalah satu channel yang menghubungkan kita ke point A dan B secara fizikal (memandangkan pintu ajaib Doraemon hanya wujud dalam dunia fantasi Fujiko Fujio)
Bagi kebanyakan orang, Lrt hanya transport.
Tetapi, bagi aku...Lrt juga adalah sumber ilham...Lrt menjadi titik hubung cerita Nurul Syahida, Zara Amani dan aku dalam trio sulung kami, 3 Hati.
Lrt juga peluang aku meneliti ragam manusia.
Lrt kaya dengan wajah manusia.
Apa yang aku perhatikan sekarang adalah perubahan nilai manusia yang ketara.
Kalau dulu aku seringkali melihat sekumpulan manusia dengan buku dan akhbar, sekarang dengan handphone masing untuk melayari internet dan dengar lagu.
Mungkin semua orang dah jadi pengguna lrt tegar sampai ramai yang terlupa Lrt bukan katil di rumah. Kebanyakan orang yang masuk dalam lrt akan terus hunt untuk cari tempat duduk sampai adakalanya berebut dan kemudian tidur, tutup mata rapat. Apabila ibu mengandung atau si tua dan adakalanya si buta sendiri masuk, sederet manusia atas bangku tidur dan tidak ambil peduli...
Inikah wajah bangsaku sekarang?
Anda penat? Siapa yang tak penat? Pagi2 berkejar ke tempat kerja dan seharian menyiapkan tugasan dan kemudian pulang ke rumah dengan lelah...semua orang melalui hari yang sama. Jadi, untuk merabunkan mata dan tidak nampak orang yang memerlukan tempat duduk itu bagi aku selfish...
Bagi aku, aku percaya pada balasan...buat baik dibalas baik dan sebaliknya. Sebagai budak hingusan yang berjuang di perantauan untuk mencari sesuap nasi, aku merasakan adalah wajar aku berbuat baik kepada semua orang. Aku percaya, kalau aku tolong mak orang yang dah tua (walaupun aku tak kenal mak sapa), nanti InsyaAllah ada pula orang di kampung halamanku yang buat benda yang sama untuk emak aku.

Cheers!
liza nur

Monday, March 10, 2014

Dan apabila hujung jari berkata-kata...

Salam!

Flight MH370 yang hilang awal pagi Sabtu lepas menimbulkan pelbagai spekulasi. MH370 meninggalkan KLIA lebih kurang jam 1240am. Tak lama kemudian, ia terputus hubungan dengan air traffic controller dan sehingga sekarang tak siapa tahu ke mana ia menghilang.
Satu demi satu desas-desus timbul di internet.
Semua orang cuba untuk menjadi pengalisa tak bergaji dan tak juga bertauliah.
Kasihan aku membayangkan ahli keluarga malang apabila mendengar spekulasi-spekulasi begini (aku ingat pasaran saham aje banyak spekulasi. aduyai!).
Ada yang mengaitkan misteri kehilangan MH370 dengan politik, dengan agama dan mitos-mitos lain.
Persoalannya, kenapa perlu menyebarkan maklumat yang tidak pasti kesahihannya? Adakah kita bangga kalau dapat menjadi orang pertama yang berjaya meneka sebab MH370 hilang? (setahu aku tak ada award) Adakah kita bangga mengumumkan yang MH370 berkaitan dengan itu dan ini? (sure ke berkaitan? kalau tak, kan dosa tu menipu) 
Bak kata Abraham Lincoln, 'Better to remain silent and be thought a fool than to speak out and remove all doubt'-'Lebih baik berdiam diri dan disangka bodoh dari bercakap dan membunuh segala keraguan (mengenai kebodohan kita)'. 
Bukankah berdiam sambil berdoa itu lebih baik dari menyebarkan berita palsu?
Ada yang bertanya mengapa MH370 belum ditemui kalau ia terhempas ke dalam lautan.
Bukankah lautan itu luas dan dalam? (lainlah kalau laman belakang rumah aku. hehehe) Kalau kita lihat insiden Air France yang terhempas pada 1 June 2009, ia hanya ditemui berhari-hari selepas terhempas.
Soal passport palsu? Ada laporan yang dibuat berkenaan Air India yang terhempas dulu. Di antara mangsa yang terlibat dalam kes Air India termasuklah sepuluh orang yang menggunakan passport palsu. Tak payahlah membuat spekulasi awal yang ia kerja terrorist. Ada kemungkinan mereka hanyalah illegal immigrant yang nak cabut. Biarlah pegawai penyiasat meneruskan kerja mereka. 
Cakap saja senang, bukan? Tetapi, sebagai manusia yang dikurniakan otak, kita sentiasa berfikir apabila tidak tahu jawapannya. 
Aku begitu juga tetapi tak seberani orang-orang yang menyebarkan itu dan ini melalui hujung jari ke internet.
Aku sedar yang aku bukan pakar dan aku takkan mengaku diri aku pakar (sebab memang dah sah aku bukan pakar tentang airlines) 
Tetapi aku akui yang aku tak lena tidur untuk mengikuti perkembangan MH370. Adalah satu kemestian bagi investment analyst seperti aku yang memantau pergerakkan saham-saham sektor penerbangan (oh, tidak!) tau mengenai update terbaru.
Saham MAS sudah jatuh lebih 20% hari ini dan tak siapa tahu apa yang akan berlaku esok.
Sama-samalah kita doakan yang MH370 akan ditemui dalam keadaan semua penumpangnya selamat walaupun sudah tiga hari pesawat hilang.
Semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi apa jua situasi yang mendatang.
Esok aku akan bertolak ke Kalimantan untuk bekerja. (mahu memantau sektor pertanian pula)
Doakan perjalanan aku lancar dan semoga aku selamat kembali ke teratak burukku.

Aku insan kerdil...
Cheers!
liza nur

Thursday, March 6, 2014

Dilema seorang aku...

Salam,
And so water rationing dah bermula.
Taps run dry and peoples run wild.
Aku dengan confident pergi main badminton supaya boleh mandi kat shower dewan badminton tu dengan sepuas-puasnya tanpa memikirkan masalah tak cukup air.
Untuk mengatasi masalah dahaga pula, aku sudah menabung syiling yang mencukupi untuk menghabiskan stok air di vending machine.
Serius betul masalah air ni.
Kalau sebelum ni aku panas dengan sindiran orang pasal aku belum kahwin, sekarang barulah aku rasa panas yang sebenarnya sebab kadar hujan yang sedikit dan water rationing oleh kerajaan.
Konklusinya, aku rasa masalah tak ada air lebih serius dari fakta yang aku tak kahwin.
Apa sangatlah nak heran orang cakap2? Bukan rugi pun.
Tapi kalau tak minum air lebih 24 jam, tamatlah riwayat seorang aku yang masih belum mencapai cita-cita murni untuk menjadi budak hebat dan membanggakan mama.
Harga CPO juga semakin menaik. Faktor-faktor utama selain tender biodiesel di Indonesia yang kononnya akan memakan inventory yang banyak adalah cuaca. Ya, cuaca! Cuaca! Cuaca panas di Malaysia barangkali akan mengurangkan jumlah pengeluaran enam bulan dari sekarang. Hujan lebat di South Amerika pula barangkali akan mengakibatkan kerosakan tanaman soya. Selain palm oil, soya adalah salah satu sumber untuk menghasilkan minyak. Apabila negara-negara pengimport terbesar soya seperti China menghancurkan biji2 soya untuk menghasilkan makanan, secara tak langsung terhasil juga minyak soya.
Semua orang menyalahkan global warming.
Mungkin yang patut dipersalahkan adalah aku dan kau orang yang menyebabkan global warming.
Macam Tenggang yang kena sumpah dengan mak dia jadi batu sebab derhaka, kita manusia yang derhaka pula ditulah mother nature (ala..mak la jugak tu kalau guna direct translation)..hehehe
Minggu depan aku akan ke Palangkaraya di Central Kalimantan utk melawat estate palm oil di sana.
Doakan aku selamat pergi dan kembali.
InsyaALLAH, aku mahu habiskan projek trio kedua sebelum dateline dan tak mahu hampakan Syai dan Syikin.

Cheers!
liza nur

Friday, February 28, 2014

Satu dari belakang...hehehehe

Salam,

Terima kasih kepada yang sudi dapatkan Pabila Dia Tersenyum... Aku harap ceritanya dapat dihadamkan dengan baik...
Ia duduk di tangga satu dari belakang tetapi Alhamdulillah sebab ada juga orang beli...
Tahniah kepada teman2 seperjuangan yang hebat2 belaka... Alhamdulillah...


Minggu ini...

Minggu ini adalah minggu yg memenatkan bg seorang analis pelaburan saham...
Minggu ini company announcement di website Bursa Malaysia dipenuhi dengan quarterly results untuk bulan Oct-Dec 2013...juga untuk syarikat yang mempunyai financial year end December, ini merupakan quarter terakhir dan menunjukkan keputusan sepanjang tahun... Jadi, update valuation model dan buat projection baru untuk tahun akan datang adalah rutin...dan perubahan forecast untuk nilai harga sesaham berubah mengikut forecast baru...
Minggu ini juga merupakan giliran aku untuk menyediakan morning meeting notes yang merangkumi pergerakan saham, harga index-index terpilih dan harga commodities tertentu pada hari sebelumnya..Daily note juga mengandungi berita2 terhangat dan terkini untuk syarikat2 yang tersenarai dalam bursa yang berada dalam pantauan syarikat aku kerja..
Seperti kebiasaan, aku meneruskan rutin pergi kerja sebelum matahari naik...tp aku tidak berjaya memecahkan rekod balik kerja paling lewat...
Paling lewat aku balik kerja adalah 11.30 malam semasa aku ikut team private equity pergi visit ke sebuah negeri di utara tanah air...so rekod tu masih valid...Minggu ni paling lewat aku balik pun pukul 11.10 malam...dan paling lewat aku tidur adalah 2 pagi...jadi, tak adalah teruk sangat...
Tapi, aku sedar yang otak aku semakin lembab...mungkin kerana dah exceed capacity...kawan sekerja tanya soalan2 mudah pn aku tak boleh jawab dan merepek bukan2...pastu terlupa tukar tarikh atas report...apakah?
Hah! Mungkin otak yang slow ni tanda-tanda penuaan... Selain dari eyebag yang melingkari di sekeliling mata sepetku (nasib baik aku memang sejak azali lagi sedar dan menerima kenyataan yang aku memang tak cantik, cun pun jauh sekali)...huhuhu...
Again, liza nur dan alasan2 beliau...kuikuikui...sabar ajela...
Dengan ini, aku officially meminta ampun dari Nurul Syahida dan Zara Amani kerana gagal untuk menghabiskan manuskrip part aku yg aku gelar 'bridesmaid'.
InsyaALLAH, aku akan cb abiskan before April seperti yg dijanjikan...sob sob sob...
(Okay, aku angkat tangan sekarang) "Aku berikrar takkan tengok anime One Piece lagi di masa lapang dan bl dah sampai masa busy baru nak struggle dan realize manuskrip belum siap...sob sob sob... Dengan ini, aku berjanji takkan tengok kartun lagi sehingga manuskrip aku siap"..
Sekian, terima kasih... :p

Yang masih tak hebat-hebat,
liza nur

Wednesday, February 19, 2014

Aku? Penulis?

Salam,

Tahun ni genap sebelas tahun aku tenggelam timbul dalam dunia penulisan...
Nama aku tidak gah. Tidak disebut sebagai penulis bestseller (sebab aku memang bukan).
Sebelas tahun aku berenang dalam arus yang padat dengan karyawan-karyawan baru dan lama yang mutunya hebat-hebat belaka...
Dari zaman aku mengira tiap sen dalam poket sehinggalah kini aku sudah bergelar seorang investment analyst di tengah kota metropolitan yang memerhatikan turun naik saham-saham di skrin bloomberg, aku masih tetap budak kecil yang sama... budak kecil yang mahu melemaskan diri dalam fantasi fiksyen yang tidak berbatas... budak kecil yang bersengkang mata di malam hari untuk habiskan manuskrip walaupun otaknya sudah jammed dengan nombor2 di pejabat...
Aku mendengar penulis2 mengungkit tentang royalti...
Aku mendengar penulis2 yang bising sebab manuskrip lambat keluar...
Aku mendengar penulis2 tidak berpuas hati dengan hasil penulisan penulis lain...
Aku mendengar penulis2 mempersoal tentang kritikan pedas pembaca...
Aku? Kenapa aku hanya diam?
Adakah aku sentiasa puas?
Royalti yang aku peroleh tidak sebanyak yang orang sangkakan...
Manuskrip yang diterbitkan tahun ini biasanya aku hantar tahun lepas atau tahun sebelum tahun lepas...
Aku tak pula cemburu dengan penulis baru yang royaltinya berlipat kali ganda dari royaltiku...
Soal kritikan, aku pernah dikritik secara terang-terangan...ada pembaca yang cakap membazir beli buku2 aku..cerita bosan..kawan2 dia pun tak suka dan sebagainya...kritikan sebegini bersepah di internet dan aku memang google dan baca tiap hari...
Adakah aku sebak?
Ya, kekadang aku sebak...
Tetapi, kenapa aku diam?
Sebab aku rasa setiap orang berhak menilai. Ia sesuatu yang subjektif. Jangan suruh aku cakap buku aku bagus sebab aku tau ia subjektif. Benda yang A suka belum tentu disukai B. Jadi bagi aku, tak payah membazir masa fikir apa yang orang lain fikir. Sebab kau fikir berapa lama pun, kau takkan dapat ubah dia apa dia fikir.
Kata Encik A yang bekerja di sebuah syarikat penerbitan suatu ketika dulu, 'liza nur semua okay. itu okay. ini okay. tak ada apa yang tak okay.' Kata-katanya berbunyi sindiran.
Persoalannya, kenapa aku perlu ambik port benda2 remeh? Baik aku okaykan aje.
Aku ada banyak masalah lain yang lebih signifikan untuk bertapak dalam kepala otak aku.
Adakah salah?
Entah...mungkin kepala otak aku ni dah terlalu berkecamuk dengan macam2 perisa maggi sehinggakan aku malas untuk memproses benda2 yang aku rasa remeh. Ya, ampun...
Apapun...sepanjang sebelas tahun ni, aku rasa bersyukur dengan pembaca2 yang buat diri aku rasa dihargai. Alhamdulillah, ada juga yang sudi ikuti kerjaya aku dan beli buku2 aku...
Terima kasih semua.
Tanpa pembaca, siapalah penulis.
Okaylah, malas aku nak cakap panjang. Karang sentimental dan terlebih mental pulak aku merepek. Korang memang rocks!
Thanks! Thanks! Thanks!

Regards,
liza nur

Wednesday, February 5, 2014

Thanks Karangkraf!!!

Wah, ni first time ada org buatkan aku poster yang ada banyak buku2 aku...
Aku rasa setakat ni aku hanya pernah ada 3. Satu masa attend book signing dgn Ramli Awang Murshid dan Zara Amani dan masa aku dipanggil interview dengan Nasi Lemak Kopi O (which aku merepek ntah apa2 sebab nervous)
Ni yang terbaru (wah!!!)...


Regards,
liza nur

BBQ Chicken

Salam,
Ni gambar lama. Bulan lepas tak salah atau mungkin bulan sebelumnya.
BBQ chicken restaurant dekat atas The Apartment @ The Curve.
Restoren agak terceruk sedikit dan menghadap ke escalator menuju ke food court.
Sound system pun tak ada dan lagu2 yang dimainkan dalam restoren datangnya dari laptop.
Harga reasonable (actually murah utk restoren kat curve) dan rasa boleh tahan.
Peas dalam pineapple fried rice rasa masih frozen sikit. Aku rasa kalau tambah benda2 fresh dalam fried rice dari sayuran frozen macam carrot, corn and peas lagi better kot.
Squid memang best.
BBQ grilled pun okay.





Regards,
liza nur

Monday, February 3, 2014

Awak Sudi Tak?

Salam,
Terima kasih pada kawan2 yang sudi dapatkan Awak Sudi Tak? (AST)
Ada sesetengah orang tak suka ending AST. Aku tidak berkecil hati. Aku faham semua orang ada citarasa sendiri. Aku terima segala komen dengan hati yang terbuka.
Tetapi, ada juga yang suka watak Cahaya dan menyukai ending begitu.
Bagi aku sendiri, aku merasakan pengakhiran AST adalah satu pengakhiran yang indah
Sebabnya, dunia ni hanya sementara... tetapi, apa yang kita tinggalkan pada dunia sebelum kita pergi itu yang memberi makna dalam hidup sebenarnya.
Cinta antara lelaki dan perempuan bukan intipati utama AST
Mungkin covernya tidak berkata begitu tetapi imej boleh diterjemah menjadi sejuta maksud.
Tetapi, jalan ceritanya tidak mencerminkan cinta sebegitu...Cinta yang sebenarnya memahat rasa di dalam AST adalah cinta sesama adik-beradik, sayang yang bagaikan lautan tidak bertepi.
Watak Cahaya diolah sebagai kakak yang sanggup buat apa saja untuk adik-adiknya. Dia sanggup mengorbankan nyawa untuk seorang adik yang ketagih dadah dan bergelar pelacur. Dia sanggup membantu adiknya yang merupakan lelaki lembut bagaikan sotong berubah. Dia menjaga adiknya yang buta dan menghidap syndrom down.
Cerita ini tentang Cahaya. Cerita ini juga tentang manusia-manusia malang yang cuba mencari penamatan yang indah.
Aku sayang AST.
Bahasanya bahasa mudah. Tetapi, aku harap isinya difahami. Sekali lagi, terima kasih kepada yang sudi beli & baca AST.
Tanpa pembaca siapalah penulis...


Regards,
liza nur

Tuesday, January 28, 2014

Aku & multitasking...

Pagi Rabu yang aman...
Terima kasih kepada semua yang like dan meninggalkan komen atas cover Pabila Dia Tersenyum (PDT) di laman FB Buku Prima dan juga aku sendiri.
Walaupun aku bukan penulis popular, aku happy (sambil tersengih lebar) sebab ada juga orang sudi like karya aku.
Terus juga sokong My Crazy Ex yang aku dah postkan beberapa bab di laman Ilham Karangkraf.
Aku tau untuk mencapai status bestseller mungkin di tahap 'beranganlah kau, liza!' tetapi aku bersyukur kalau ada yang sudi beli dan baca...
Sebenarnya, aku sedang berus gigi sambil menulis blog...Iya, aku tau memang tak senonoh.
Tapi lately aku ada banyak benda yang belum disiapkan dengan masa yang sangatlah limited.
Macam konsep economy, we have unlimited wants but limited capacity...
Selain dari tak kena snap dengan AES (dah gagal pada hari ke 17), azam tahun baru aku adalah nak jadi budak bijak dan nak jadi penulis buku kanak-kanak dan penyiasatan.
Aku akan terus berangan-angan mat jenin...
Hopefully, berjaya mencapai apa yang idamkan. InsyaALLAH.
Sama-sama kita doakan ya.

-liza nur-


Friday, January 17, 2014

Cover PDT

Tersengih lagi... dah lagi... dan lagi...
Cover PDT telah keluar akhirnya...
Walaupun buku belum keluar kat kedai, cover pun jadilah buat pengubat hati selepas kena snap dengan AES semalam...hehehe...
Azam tahun baru utk tak ada tiket speeding tahun ni telah hangus selepas 17 hari...sob sob sob...Tak apalah, cuba lagi di tahun depan....
Thanks kepada Syreena yang designkan cover ni...Thanks kepada editor Suraya...Thanks kepada semua yang menyokong liza...
Tanpa pembaca, siapalah penulis...


Love & kisses,
liza nur

Thursday, January 16, 2014

What's new?

Nervous makin membahang memandangkan Pabila Dia Tersenyum akan keluar tak lama lagi.
Walaupun cover belum keluar, aku rasa dah menjadi tanggungjawab penulis untuk hebahkan yang buku dia akan keluar.
Especially nama kecil macam aku yang orang tak kenal sangat.
So, apa yang best pasal PDT?
Ni yang aku tak tau nak cakap.
Aku ni kan penulis yang bila orang kat pesta buku tanya, 'Buku ni best tak?' dan aku jawab, 'Tak taulah. Cuba try baca kat library dulu'.
Ya. Ya. Aku tau aku sepatutnya promote buku sendiri. Tapi, aku tak ada confident yang berkobar-kobar atau merasakan aku patut beritahu semua orang buku aku best. Sebabnya, aku merasakan yang best atau tidak sesebuah buku adalah sangat subjektif. Tak semua orang akan puas hati dengan apa yang kita tulis. Kalau ada yang suka, ada yang akan benci. So, macam mana kau nak canang buku tu best kalau kau tak kenal orang tu dan tak tau apa dia suka? Sebab itulah aku selalu sengih dan clueless apa nak cakap kat Pesta Buku. (liza nur dan alasan2 beliau)
Walau apapun, seperti yang aku cakapkan... sudah menjadi tanggungjawab penulis untuk menghebahkan tentang buku barunya...
Maka, di sini... Aku nak beritahu yang aku masih berkolaberasi dengan editor BP yang comel dan baik, Suraya untuk menghasilkan PDT selepas kami bekerjasama untuk AST? & PAK.
Sekali lagi, kita sampai ke persoalan.. Best ke PDT?
Jawapannya, aku tak tau. hahahaha.

Ni sinopsisnya:
PDT refleksi dunia Elina. Kerna gilakan Irman, ibu Elina, Mirah meninggalkan keluarga sehingga ayahnya terkorban. Selepas ayah saudaranya, Benson dimasukkan ke lokap, Elina yang hidup diperam benci terpaksa menjejaki Mirah. Tanpa Elina ketahui Irman yang bekerja sebagai bapa ayam sudah merancang untuk memperdagangkan dirinya. Kerana tidak mahu maruahnya tergadai, Elina terjun keluar dari rumah banglo Irman. Konco-konco Irman membuang tubuh Elina bagaikan sampah di tepi jalan yang sunyi. Kebetulan Zuhayr yang dalam perjalanan pulang selepas menjemput kucing ibunya dari grooming centre terjumpa Elina yang sedang nyawa-nyawa ikan dan menghantarnya ke hospital. Apabila sedar dari koma, Elina kehilangan memorinya. Bermulalah hidup kucar-kacir Zuhayr yang cuba melindungi gadis yang hanya dikenali melalui nama atas kad pengenalan.

“Cactus represents endurance. Sebabnya, ia boleh lalui pelbagai dugaan. Nyawa kaktus ni liat. Tak ada air, tak perlu dibaja. Tapi, boleh terus hidup. Hebat kan?”- Elina

“Aku takkan kecewakan kau, El. Kalaupun satu dunia ni mengkhianati kau, aku takkan pernah khianat pada kau.”-Adi

“Kalau kau syaitan, pergi jauh-jauh. Aku ada youtube! Banyak ayat Al-Quran dalam youtube, tau tak?! Kalau kau manusia, tolong bersuara!”- Zuhayr

 “Bodohlah kalau orang cakap cinta perlukan pengorbanan, biar jiwa kita terdera asalkan orang kita cinta bahagia. Semua tu hipokrit...”- Zafrul


“Bila aku cari pasangan hidup, Fiq, aku bukan pilih trofi supaya orang lain boleh pandang dan kagum.”-Zuhayr


Cheers!
liza nur

Friday, January 10, 2014

Cendera hati berzakat?

Salam,

Sewaktu aku mengeluarkan zakat tahun lepas, aku menerima melalui pos kelendar dan alat mengira step kalau tak salah aku (aku tak guna pun dan letak tepi)...
Ia barangkali hadiah kecil yang rendah kosnya...
Tetapi, adakah itu tujuannya kita mengeluarkan zakat?
Kalau Malaysia terdiri daripada orang-orang kaya, mungkin aku akan berdiam diri...
Tetapi, ramai orang susah yang merempat di luar sana dan seringgit membawa erti besar ke dalam kehidupan mereka...
Semasa kawan-kawan aku sedang berdiskusi di pejabat, aku pun menyibuk sekali... Menurut teman-teman, mereka menerima cendera hati yang sama...
Apabila aku singgah di website pusat urus zakat dan ada pula hebahan mengenai 'Dapatkan cenderahati istimewa setiap kali anda menunaikan zakat di mana-mana pusat urus zakat kami', aku tertanya sendiri... Apa motif ia diadakan? Untuk menarik orang mengeluarkan zakat?
Orang yang mahu mengeluarkan zakat pastinya mempunyai niat yang ikhlas...
Takkanlah kerana nak dapatkan token kecil, orang berzakat....
Kemudian, ada teman aku di pejabat yang mengatakan ada pegawai yang prejudis (Wallahualam)...
Menurut kata teman aku, ada yang memohon zakat tetapi pegawai menuduh mereka sebenarnya berkemampuan...
Mungkin pegawai terbabit terpaksa prejudis untuk mengelakkan diri dari ditipu...
Tetapi, mungkin pegawai zakat sekarang perlu menggunakan pendekatan baru... dari duduk opis, tunggu laporan dan orang datang mohon, mereka patut keluar dan mencari sendiri orang2 susah...
Aku yakin homeless dan si miskin yang tidak berkemampuan adakalanya tidak mampu pun nak naik bas ke pusat urus zakat...Mereka tak ada pun internet dan google map nak cari mana pusat urus zakat...
Aku sendiri tidak arif tentang pengurusan zakat...
Tetapi aku yakin ramai orang di Malaysia masih lagi berada dalam kelompok tidak berkemampuan dan tercicir dari menerima bantuan...
Tepuk dada, tanyalah minda...

Regards,
liza nur