Followers

Wednesday, February 19, 2014

Aku? Penulis?

Salam,

Tahun ni genap sebelas tahun aku tenggelam timbul dalam dunia penulisan...
Nama aku tidak gah. Tidak disebut sebagai penulis bestseller (sebab aku memang bukan).
Sebelas tahun aku berenang dalam arus yang padat dengan karyawan-karyawan baru dan lama yang mutunya hebat-hebat belaka...
Dari zaman aku mengira tiap sen dalam poket sehinggalah kini aku sudah bergelar seorang investment analyst di tengah kota metropolitan yang memerhatikan turun naik saham-saham di skrin bloomberg, aku masih tetap budak kecil yang sama... budak kecil yang mahu melemaskan diri dalam fantasi fiksyen yang tidak berbatas... budak kecil yang bersengkang mata di malam hari untuk habiskan manuskrip walaupun otaknya sudah jammed dengan nombor2 di pejabat...
Aku mendengar penulis2 mengungkit tentang royalti...
Aku mendengar penulis2 yang bising sebab manuskrip lambat keluar...
Aku mendengar penulis2 tidak berpuas hati dengan hasil penulisan penulis lain...
Aku mendengar penulis2 mempersoal tentang kritikan pedas pembaca...
Aku? Kenapa aku hanya diam?
Adakah aku sentiasa puas?
Royalti yang aku peroleh tidak sebanyak yang orang sangkakan...
Manuskrip yang diterbitkan tahun ini biasanya aku hantar tahun lepas atau tahun sebelum tahun lepas...
Aku tak pula cemburu dengan penulis baru yang royaltinya berlipat kali ganda dari royaltiku...
Soal kritikan, aku pernah dikritik secara terang-terangan...ada pembaca yang cakap membazir beli buku2 aku..cerita bosan..kawan2 dia pun tak suka dan sebagainya...kritikan sebegini bersepah di internet dan aku memang google dan baca tiap hari...
Adakah aku sebak?
Ya, kekadang aku sebak...
Tetapi, kenapa aku diam?
Sebab aku rasa setiap orang berhak menilai. Ia sesuatu yang subjektif. Jangan suruh aku cakap buku aku bagus sebab aku tau ia subjektif. Benda yang A suka belum tentu disukai B. Jadi bagi aku, tak payah membazir masa fikir apa yang orang lain fikir. Sebab kau fikir berapa lama pun, kau takkan dapat ubah dia apa dia fikir.
Kata Encik A yang bekerja di sebuah syarikat penerbitan suatu ketika dulu, 'liza nur semua okay. itu okay. ini okay. tak ada apa yang tak okay.' Kata-katanya berbunyi sindiran.
Persoalannya, kenapa aku perlu ambik port benda2 remeh? Baik aku okaykan aje.
Aku ada banyak masalah lain yang lebih signifikan untuk bertapak dalam kepala otak aku.
Adakah salah?
Entah...mungkin kepala otak aku ni dah terlalu berkecamuk dengan macam2 perisa maggi sehinggakan aku malas untuk memproses benda2 yang aku rasa remeh. Ya, ampun...
Apapun...sepanjang sebelas tahun ni, aku rasa bersyukur dengan pembaca2 yang buat diri aku rasa dihargai. Alhamdulillah, ada juga yang sudi ikuti kerjaya aku dan beli buku2 aku...
Terima kasih semua.
Tanpa pembaca, siapalah penulis.
Okaylah, malas aku nak cakap panjang. Karang sentimental dan terlebih mental pulak aku merepek. Korang memang rocks!
Thanks! Thanks! Thanks!

Regards,
liza nur

2 comments:

  1. hiii kak liza nur . saya suka gila dengan semua karya buku kak liza buat lagi lagi PDT . apa apa pun . wish u luck, harap akak sambung buat novel lagi ye banyak2 :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokongan adik Miera. InsyaALLAH, akak akan cuba yg terbaik... :)

      Delete