Followers

Monday, February 3, 2014

Awak Sudi Tak?

Salam,
Terima kasih pada kawan2 yang sudi dapatkan Awak Sudi Tak? (AST)
Ada sesetengah orang tak suka ending AST. Aku tidak berkecil hati. Aku faham semua orang ada citarasa sendiri. Aku terima segala komen dengan hati yang terbuka.
Tetapi, ada juga yang suka watak Cahaya dan menyukai ending begitu.
Bagi aku sendiri, aku merasakan pengakhiran AST adalah satu pengakhiran yang indah
Sebabnya, dunia ni hanya sementara... tetapi, apa yang kita tinggalkan pada dunia sebelum kita pergi itu yang memberi makna dalam hidup sebenarnya.
Cinta antara lelaki dan perempuan bukan intipati utama AST
Mungkin covernya tidak berkata begitu tetapi imej boleh diterjemah menjadi sejuta maksud.
Tetapi, jalan ceritanya tidak mencerminkan cinta sebegitu...Cinta yang sebenarnya memahat rasa di dalam AST adalah cinta sesama adik-beradik, sayang yang bagaikan lautan tidak bertepi.
Watak Cahaya diolah sebagai kakak yang sanggup buat apa saja untuk adik-adiknya. Dia sanggup mengorbankan nyawa untuk seorang adik yang ketagih dadah dan bergelar pelacur. Dia sanggup membantu adiknya yang merupakan lelaki lembut bagaikan sotong berubah. Dia menjaga adiknya yang buta dan menghidap syndrom down.
Cerita ini tentang Cahaya. Cerita ini juga tentang manusia-manusia malang yang cuba mencari penamatan yang indah.
Aku sayang AST.
Bahasanya bahasa mudah. Tetapi, aku harap isinya difahami. Sekali lagi, terima kasih kepada yang sudi beli & baca AST.
Tanpa pembaca siapalah penulis...


Regards,
liza nur

No comments:

Post a Comment