Followers

Monday, March 10, 2014

Dan apabila hujung jari berkata-kata...

Salam!

Flight MH370 yang hilang awal pagi Sabtu lepas menimbulkan pelbagai spekulasi. MH370 meninggalkan KLIA lebih kurang jam 1240am. Tak lama kemudian, ia terputus hubungan dengan air traffic controller dan sehingga sekarang tak siapa tahu ke mana ia menghilang.
Satu demi satu desas-desus timbul di internet.
Semua orang cuba untuk menjadi pengalisa tak bergaji dan tak juga bertauliah.
Kasihan aku membayangkan ahli keluarga malang apabila mendengar spekulasi-spekulasi begini (aku ingat pasaran saham aje banyak spekulasi. aduyai!).
Ada yang mengaitkan misteri kehilangan MH370 dengan politik, dengan agama dan mitos-mitos lain.
Persoalannya, kenapa perlu menyebarkan maklumat yang tidak pasti kesahihannya? Adakah kita bangga kalau dapat menjadi orang pertama yang berjaya meneka sebab MH370 hilang? (setahu aku tak ada award) Adakah kita bangga mengumumkan yang MH370 berkaitan dengan itu dan ini? (sure ke berkaitan? kalau tak, kan dosa tu menipu) 
Bak kata Abraham Lincoln, 'Better to remain silent and be thought a fool than to speak out and remove all doubt'-'Lebih baik berdiam diri dan disangka bodoh dari bercakap dan membunuh segala keraguan (mengenai kebodohan kita)'. 
Bukankah berdiam sambil berdoa itu lebih baik dari menyebarkan berita palsu?
Ada yang bertanya mengapa MH370 belum ditemui kalau ia terhempas ke dalam lautan.
Bukankah lautan itu luas dan dalam? (lainlah kalau laman belakang rumah aku. hehehe) Kalau kita lihat insiden Air France yang terhempas pada 1 June 2009, ia hanya ditemui berhari-hari selepas terhempas.
Soal passport palsu? Ada laporan yang dibuat berkenaan Air India yang terhempas dulu. Di antara mangsa yang terlibat dalam kes Air India termasuklah sepuluh orang yang menggunakan passport palsu. Tak payahlah membuat spekulasi awal yang ia kerja terrorist. Ada kemungkinan mereka hanyalah illegal immigrant yang nak cabut. Biarlah pegawai penyiasat meneruskan kerja mereka. 
Cakap saja senang, bukan? Tetapi, sebagai manusia yang dikurniakan otak, kita sentiasa berfikir apabila tidak tahu jawapannya. 
Aku begitu juga tetapi tak seberani orang-orang yang menyebarkan itu dan ini melalui hujung jari ke internet.
Aku sedar yang aku bukan pakar dan aku takkan mengaku diri aku pakar (sebab memang dah sah aku bukan pakar tentang airlines) 
Tetapi aku akui yang aku tak lena tidur untuk mengikuti perkembangan MH370. Adalah satu kemestian bagi investment analyst seperti aku yang memantau pergerakkan saham-saham sektor penerbangan (oh, tidak!) tau mengenai update terbaru.
Saham MAS sudah jatuh lebih 20% hari ini dan tak siapa tahu apa yang akan berlaku esok.
Sama-samalah kita doakan yang MH370 akan ditemui dalam keadaan semua penumpangnya selamat walaupun sudah tiga hari pesawat hilang.
Semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi apa jua situasi yang mendatang.
Esok aku akan bertolak ke Kalimantan untuk bekerja. (mahu memantau sektor pertanian pula)
Doakan perjalanan aku lancar dan semoga aku selamat kembali ke teratak burukku.

Aku insan kerdil...
Cheers!
liza nur

2 comments:

  1. impressive! yeay ade geng blog wuwuwuw
    salam ukhuwah kak liza ^_^
    harinumunirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Yeha...thanks atas komen, Mun...i will check out ur blog later aite :)

    ReplyDelete