Followers

Monday, May 26, 2014

less travelled road

Masa kecil dulu, kalau orang tanya cita-cita, jawapan aku sama ada nak jadi polis atau tentera...
Dah besar sikit, berangan nak jadi penulis.
Sekarang, lepas dah jadi penulis, aku fikir berapa ramai orang yang baca apa aku tulis.
aku bukan pakar bahasa, tak pandai menganyam bahasa sastera yang halus dan indah.
Jadi, maaf kalau ada yang rasa bahasa aku macam budak tadika.
Kelulusan di uni dulu investment, finance & economics.
Ni kalau tulis kat opis banyak keluar nombor aje. huhuhu...
Tapi, aku happy apabila ada org beritahu aku saudara dia yang tak pandai sangat mengeja sanggup habiskan buku aku. (kembang kuncup idung)
Bagi aku, tak kiralah simple macam mana karya tu, kalau ia boleh sampaikan mesej, ia boleh membuat ada ketawa, marah, senyum dan nangis, ia karya yang ada umph...
Ramai penulis berpengalaman di luar sana bagi tips berguna untuk menulis.
Kalau tanya aku, aku jawab 3...1) observation- penulis kena suka memerhati, dari situ tercetus idea. 2) jangan sombong. penulis tak perlu jadi diva. apa ko ingat kerja penulis ni retis? pendapatan penulis Malaysia bukan macam di luar negara (unless anda memang bestseller). kalaupun bestseller, anda tak mampu beli semua buku anda. kalau pembaca tak beli, tak bestseller juga. jadi, usah riak. 3) pekakkan telinga dan rabunkan mata apabila ada orang mengutuk kaw kaw buku anda atau mengeluarkan kenyataan 'sorry la i tak baca novel' macam anda suruh dia beli novel anda. bila ntah suruh dia beli? hahaha...hakikatnya, tak ada karya yang sempurna melainkan karya ALLAH SWT. segala yang sempurna milik DIA.
Dunia penulisan bukan lagi the road less travelled.
Ada banyak lambakan penulis dan masih ramai akan masuk ke market.
Jadi nawaitu untuk menulis sebenarnya boleh memberi kita ketahanan diri utk bertahan dalam industri tak kira sekecil manapun kita (nasihat penulis yg dah 11 tahun dalam industri tapi tak popular langsung-aku ler tu)...hehehe...
Sekian...

Xoxo,
liza nur

2 comments:

  1. assala kak Liza, mana nak dapatkan novel akak " Hatiku bersuara" tu ?? saya sedang mencari tapi tak jumpa. tak tau kat mana nak dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Adik De' Roses. Buku ni dah berhenti dicetak sbb publisher dah gulung tikar. Akak sendiri dh tak ada copynya. Minta maaf sgt2 ya, dik.

      Delete