Followers

Thursday, August 7, 2014

Aku yang tertipu...

Assalammualaikum...
Kisah beberapa minggu lepas....rewind balik (sila bayangkan bunyi tape yang diputar)
Dalam kepala dah sebulat tekad untuk tidak menderma di jalanan.
Sebabnya, untuk tidak menggalakkan. Bagi yang memang layak, aku rasa lebih elok mereka dapat bantuan dari pusat zakat supaya tak menyusahkan mereka mengemis (terutama yang buta sebab orang yang bawa mereka tu biasanya ambil proportion dari derma kita. entah sampai pada yang didermakan entahkan tidak).
Kalau menderma pada budak2 pula, kita akan menggalakkan sindiket. Bagi yang tidak layak, dah tentu duit kita akan terbuang sia-sia.
Aku lihat pengemis jalanan warga asing dah membanjiri KL dan Shah Alam. Mereka mengemis atas jalan raya.
Dua kisah untuk aku kongsi...
Satu, aku ke Ampang Point untuk berbuka puasa. Aku pergi dalam pukul 3pm untuk booked restoren. Sampai saja di sana, aku perasan ada seorang pengemis wanita warga asing yang memakai tudung litup sedang curi2 makan ayam kfc sebelum sambung minta sedekah. Dia nampak tak kisah langsung masa aku memberi jelingan terkejut.
Dua, minggu lepas semasa aku pergi ke Shah Alam untuk makan di gerai seksyen 2. Ada seorang lelaki berjubah putih dengan kopiah (dari Pakistan khabarnya) meminta sedekah. Disebabkan aku banyak pengalaman buruk ditipu, aku buat tak tau. Kemudian, sedang aku makan, dia terus merayu dan nak menangis. Semua orang pandang aku macam aku ni buat sesuatu pada dia (walhal aku tak kenal pun). Jadi aku terpaksa hulurkan sedikit sebab dia tak mahu tinggalkan meja aku.
Tak sampai lima minit, aku nampak dia sedang keluar dari kedai runcit berdekatan dengan rokok di tangan dan jalan tak bongkok macam masa dia mengemis tadi. Kononnya masa mengemis, nak beri makan bayi anak dia. Di manakah makanan untuk baby? Rokok=makanan?
Mengapakah kejam benar mereka? Sanggup mereka cerita, merayu dan menangis? Bukankah lagi senang kerja? Maruah pun tak tercalar. Kalau mereka ada duit nak datang Malaysia, kenapa tak ada duit makan. Hairan bin Ajaib.
Lepas ni, aku taubat berpegang pada prinsip aku. Aku akan menderma pada saluran yang sepatutnya, bukan lagi di jalanan. Biarlah kalau orang anggap aku kejam. Aku ada sebab sendiri.
Kisah aku kongsi hanya untuk kesedaran.
Salah silap, harap dimaafkan.

Regards,
liza nur

No comments:

Post a Comment