I’m always enthusiastic when it comes to
site visit though most of the time it involves going into small estates in the
middle of nowhere with no hp signal and definitely no internet.
So, given that aku memang suka site visit,
aku tak adalah nak merungut masa dapat tahu kena masuk estates 2 weeks before
my big day. It was an awesome trip. 3 hari dalam hutan tanpa signal telefon dan
internet, jalan yang berbonggol dan makanan dari sayur-sayuran yang ditanam sendiri oleh pekerja-pekerja ladang. Aku berterima kasih kerana diberi peluang masuk ke Ladang Talisai dan Sugut yang terletak di
Sandakan, Sabah.
Selain tengok ladang dan pemprosesan kelapa
sawit, seperti biasa aku ambil peluang melihat ragam manusia dan memerhatikan
keadaan sekeliling dari penempatan pekerja sehinggalah ke sekolah yang dibina
untuk mendidik anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di ladang kelapa sawit.
Berbuah rasa kagum apabila melihat mereka ni sebenarnya anak-anak yang cukup
rajin, fasih membaca dan mengira. Malahan ramai yang fasih berbahasa Inggeris.
Tercuit pula rasa segan membayangkan anak-anak Malaysia sendiri yang seusia
dengan mereka masih belum tau membaca.
Selain dari kerja, aku berpeluang masuk ke
dalam kawasan dusun syarikat yang aku lawati, menikmati buah-buahan tempatan
fresh dari atas pokok (akulah yang gatal tangan memetik itu dan ini sendiri).
Paling menarik, ketika cuaca hujan lebat dan ribut, aku masih sempat dibawa
menjelajah sungai dengan bot laju sambil menangkap ketam. Sibuk aje aku berdiri
atas bot dalam hujan, tarik sangkar ketam. Nasib baiklah tak tercampak dari
bot. Aku dengar dari pengemudi bot yang tadi ada ‘bujang senang’ timbul kat
jeti. Isy, takut jugak! Kang tak pasal kena ngap.
Tiga hari berlalu cepat. Semasa di sana aku
berpeluang mengenali Z (seorang wartawan akhbar business). Paling menarik, aku
dapat berkenalan dengan dua orang wanita cekal yang merupakan ahli sukarelawan
Persatuan Pink Ribbon (for breast cancer). Mereka berdua adalah antara yang
terselamat dari breast cancer. Cara hidup mereka sangat mengkagumkan. Mereka
sangat open minded dan aktif.
Aku kira pengalaman terselamat sewaktu
nyawa sudah berada di hujung tanduk adalah sesuatu yang cukup menginsaf dan
barangkali ini mendorong dua wanita cekal tu untuk ‘live the life to the
fullest’. Salah seorang dari mereka memutarkan kisah tentang pengalaman hidup
yang dia dah lalui. Aku yang masih terkial-kial mencari makna hidup sendiri
insaf sekali. Sob sob....
It has been a very challenging year,
juggling between my busy work as investment analyst for plantation and airline
sectors and my on-and-off writing career. I’m very thankful to all the
scriptwriters that have tried their best to channel my books to numerous tv
stations for drama adaptation though none of them have succeed so far. Terima
kasih sebab percayakan karya-karya liza nur.
2014. Aku membuat banyak keputusan drastik
yang aku tak sangka aku akan buat. Ada di antaranya yang membuatkan aku
menangis dalam diam dan menimbulkan penyesalan yang amat. Tetapi, aku memilih
untuk terus melangkah ke depan. Pasti ada hikmah di sebaliknya.
TUHANku, aku tak layak ke syurgaMU. Namun,
tak pula aku sanggup ke nerakaMU. Ampunkan dosaku, terimalah taubatku.
Sesungguhnya, ENGKAUlah pengampun dosa-dosa besar. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
Ini barangkali post terakhir sebelum aku melangkah ke alam baru. Doakan aku
bahagia dengan pilihan yang aku buat.
No comments:
Post a Comment