Followers

Thursday, April 2, 2015

Songs of life...

Hidup ni byk lagu...
Pendapat personal aku, lagu tidak melalaikan selagi kita menghad obsesi kita.
Apapun yang kita buat dalam dunia, eloklah bersederhana.
Aku tak pernah mengagungkan mana2 penyanyi tetapi itu tak bermakna aku tak suka dgn lagu.
Suara alam juga sebenarnya lagu bg yg tau menterjemah.
Nenek angkat aku, Mak Tok Tijah adalah penyanyi caberet. Sejak aku masih dalam buai, mendengar mak tok menyanyi ada sesuatu yang normal sebab mak tok pengasuh aku bila mak keluar kerja. Mak tok menyanyi bila2 masa dan kat mana2 saja kecuali sewaktu dia mengaji Al-Quran dan membebel dan sewaktu dia masuk bilik air/toilet.
Kebanyakan lagu2 mak tok nyanyi adalah lagu Saloma dan P-Ramlee. p/s sebab itulah aku masukkan scene nyanyi lagu dalam Roti Cicah Susu.
Kalau mak tok suka nyanyi, mak pun suka juga.
Mak kenalkan aku pada Carpenter, Neil Sedaka dan The Beetles. Ni antara lagu2 lullaby yg mak akan nyanyikan pada aku waktu aku nak tidur.
Mendengar lagu2 lama buat aku teringatkan mak dan mak tok.
Aku suka dengar lirik lagu yg aku rasakan bermakna dan aku rasa kebanyakan lagu2 lama sifatnya begini.
Lagu2 baru pula selalu menggunakan lirik yg dh seakan-akan lagu lain dan kekadang tidak memberi impak untuk bertapak dalam hati.
Sewaktu aku membesar, aku teruja sewaktu fever genre2 tertentu dalam industri macam nasyid (syahdu dengar lagu Raihan) dan irama Malaysia.
Sayang, musim lagu2 ni tak lama.
Aku bukan tak suka muzik moden. Cuma aku rasa kita terlalu mengagungkan fenomena artis luar negara.
Kita cakap pasal nak naikkan tourism (walhal tourist yg paling ramai ke Malaysia pn kalau check kat website tourism kita sebenarnya Singaporean...yg aku rasa cross-border utk shopping sekejap...according to statistic, last year tourist yang mencatatkan peningkatan yg paling tinggi ke Malaysia adalah Bangladesh)...Aku rs kita sebenarnya semakin hilang jejak budaya kita. Apa yg buat orang luar mengagumi kita? Pemandangan cantik? Banyak lagi negara yang ada tempat2 yang cantik. Kalau kita terus hilang jejak budaya kita, tak kiralah alat muzik, lagu2 atau adab kesopanan kita (teringat aku budak dlm lrt yang berdiri sebelah aku yg jerit f**k kat kwn dia semlm), aku rs kita takkan ke mana...
Bak kata mendiang LKY, they may think they are superior but I don't think I am inferior. Dah tiba masanya kita fikirkan budaya yg mahu kita kekalkan. Adakah kita mahu kejarkan budaya moden di luar sana semata-mata atau kita mahu membangun seiring dengan budaya jati diri kita? Kalau kita matikan budaya kita sekarang (terutama dr segi adab), jgn pula berangan cucu-cicit kita akan kembalikan semula budaya kita. Tepuk dada, tanyalah minda...

No comments:

Post a Comment