Followers

Tuesday, September 13, 2016

I'm getting old...

Bahasa jiwa bangsa.
Aku baru mula faham istilah di atas.
Kekadang, masalahnya bukan dengan apa kau cakap tapi cara kau cakap.
Manusia dari background berbeza akan ada terjemahan berbeza.
Tetapi kalau kau berhemah, orang tak ada alasan untuk salah faham.
Malah, orang akan cari alasan untuk faham.
Tapi, kalau terlalu banyak ditempeleng dengan ayat, 'Penulis memanglah fikir nak keluar buku aje, dapat royalti. Nak jualnya nanti..?', 'Buku kau dah keluar, bagilah can kat orang lain' dan lain2 ayat seumpamanya dengan sangat kerap, kau pun adakalanya down sikit.
Lagi2 kalau kau berdepan dengan kawan yang keluarkan ayat2 demikian, 'Ada buku free?', 'Sorry, I tak baca novel' dan 'You tak apalah kan... ada royalti'.
Geli urat perut.
Unfortunately, aku hanya boleh gelak depan laptop tua yang skrin dah nak patah ni.
Untuk menyedapkan hati sendiri dengan perencah Maggi, aku anggap orang2 yang bersuara begitu sebenarnya ada dugaan mereka sendiri.
Yup, kita manusia hanya boleh pandang surface.
Kita tak tahu cerita orang lain...masalah orang lain...
Kalau kita tahu, kita barangkali akan pandang orang itu dari persepsi yang berbeza...

Aku teringat cerita seorang coach masa program wellness..
Kisahnya begini...
Seorang mamat ni nampak seorang budak kecil yang berlari sana sini, buat bising, meragam dan kacau orang di dalam train. Ayah budak tu duduk saja, tak tegur langsung. Seorang lelaki ni geram. Dia bangun dan tegur ayah budak tu.
"Encik, anak encik ni asyik kacau orang. Encik tak boleh buat apa-apa ke?"
Ayah budak tu pandang anak dia dan kemudian pandang lelaki yang cakap. Dengan wajah yang sugul dia cakap, "Maaf, encik. Isteri saya baru meninggal semalam. Anak saya tak henti-henti meragam nak ibu dia. Saya pun dah tak tahu nak buat apa..."
Mamat yang tegur itu terus terdiam dan pandang budak tu dengan penuh rasa simpati.
Geram berubah jadi simpati apabila kita lihat sesuatu dari sudut berbeza.
Pelik kan?

Lagi pelik apabila seorang penulis yang publish buku pertama pada usia 17 tahun seperti aku akhirnya terfikir untuk bersara...
Membebel di blog pada waktu yang aku patut tidur lagilah pelik... Kata ada report nak kena habiskan esok...ehe...
I'm getting old...n I hope I'm getting wiser.... #lizanur

Saturday, January 30, 2016

Plan 2016

Greeting!

Assalammualaikum,

Januari 2016 dah nak sampai hujung...
Hari ni dah 31 Jan 2016.
Walaupun dah 31 hari masuk tahun baru, hopefully tak lambat lagi nak ucap 'Selamat Tahun Baru!'
Aku dah letakkan rasa depresi ke tepi dan mula plan ahead. Poyo aje tua-tua nak merajuk. Apa barang?
Seperti biasa, tak kira apa jadi, hidup kena diteruskan.
Oleh kerana, musim mainstream yang makin sepi dan banyak pengkarya yang hebat-hebat, aku cuba kaedah diversification untuk meneruskan minat dlm bidang penulisan.

Pertama, aku dah berjaya hasilkan kompilasi puisi yang pertama.
InsyaALLAH, dah ada publication house yang setuju utk terbitkan.
Sekarang, masih dalam proses pemilihan cover buku.
Terus-terang aku sangat happy dengan komitmen pihak penerbitan, terutama pengurus projek.
Setiap kali aku call, panggilan dijawab dengan mesra.
Walaupun jawapan belum ada, diaorang akan jelaskan elok2 yang meeting tertangguh dan sebagainya.
Lepas pass pada pengurus projek, dia update aku apa yang diperlukan dan kongsikan cover-cover yang sudah disiapkan designer.
Thumbs up kepada designer diaorang! Aku suka hasil kerjanya.
Aku gunakan nama sebenar aku untuk buku ni.
Nama pena Liza Nur akan terus setia dengan BP.

Kedua, aku telah berjinak-jinak dengan buku alternatif.
Memang sejak awal penerbit alternatif bertapak, aku dah ada crush.
Disebabkan kegilaan aku mengarang, aku pun cuba nasib.
Alhamdulillah, manuskrip pertama aku akan keluar dengan salah satu publisher indie March nanti.
Aku gunakan nama pena lain untuk genre alternatif sebab aku tak nak pembaca terkeliru atau expect gaya penulisan aku sama macam mainstream.
Lagipun, aku hormati publisher yang dah susah payah promote pen name aku.
Jadi, tunggu...
Kalau dah keluar nanti, aku akan war-warkan di akaun baru.

Regards,
liza nur