Followers

Monday, March 6, 2017

My new year post (ya, i know it's March)

Assalammualaikum.
Dah lama tak update blog disebabkan kekangan kerja.
Alhamdulillah, walaupun rasa demam awal-awal pagi ini, badan masih mampu menghadap laptop.
Mata masih mampu dicelikkan.
Sabtu lepas aku dijemput ke aktiviti bedah buku 'Ostrolia Aku Datang' oleh Ekuinas-Borders.
Turut serta seramai lebih 70 orang adik-adik dan krew Lejen Press.
Terima kasih kerana menjemput.
Pada mulanya, memang aku tolak. Sudah terbiasa kerja di belakang tabir.
Jarang-jarang aku teringin nak tampil ke depan, berhadapan dengan orang ramai dengan hati yang kalut dan perut yang rasa seperti hendak memuntahkan isi.
Tetapi, adik-adik yang datang buat aku rasa terhibur dan aktiviti jadi menarik sebab mereka semua sangat aktif.

Tahun ini, aku berpindah dari equity research ke fund management.
Setakat ini masih rasa teruja menghadap skrin Bernama dan CRIMS. Alhamdulillah. Kalau dulu, kita hanya buat analisa, sekarang kita cuba generate income pula.

Jumaat lepas ada teman yang sarankan aku buat kelas public speaking untuk anak-anaknya.
Wah, aku jadi cikgu?!
Kalau nak diikutkan, walaupun ilmu tak cukup di dada, aku memang nak berkongsi apa yang termampu.
Cuma, mampukah?
Kalau tiap kali bercakap macam ada kupu-kupu dalam perut (tak pengsan pun dah nasib baik).
Mujurlah aku ni spesies kalau nervous, mulut lagi laju bercakap dan otak ligat berputar.

Dua manuskrip berada di dalam tangan editor setakat ini.
Satu bersama Alaf dan satu lagi bersama Pojok.
Sejujurnya, aku belum pasti apa outcomenya. Jadi, belum boleh war-warkan.
Kalau ada berita yang publisher setuju terbitkan dan timeline bila buku akan keluar, InsyaAllah akan dikongsi.
In the meantime, kalau dah baca buku-buku liza nur sebelum ini, jangan lupa tinggalkan komen di Goodreads ya?
Boleh jadi rujukan aku lepas ni kalau nak tau apa yang pembaca suka dan tak suka.

That's all for now.
Cheers!
liza