Followers

Sunday, July 27, 2014

Eid Mubarak

Assalammualaikum...
Eid Mubarak kepada semua ahli keluargaku, sahabat-handai, rakan sekerja dan pembaca-pembaca yang sangat aku kasihi. Dengan penuh rasa rendah diri, aku menyusun sepuluh jari dan memohon kemaafan dari semua. Kalau ada salah-silap, terkasar bahasa, salah sangka dan lain-lain, aku mohon maaf zahir dan batin. Aku hanyalah manusia biasa, tak ampuh dengan dosa. Ampunkan aku.
Kalau ada tersalah tatabahasa, maaf dipinta. Aku selalu cuba menaip secepat mungkin. Huhuhu...


Wednesday, July 23, 2014

Raikan kemenangan...bukan kematian

Aku benci keganasan.
Aku marah pada kekejaman yang berlaku di Gaza.
Aku Muslim dan aku berbangga dengan agama aku walaupun orang menyelar Muslim pengganas.
Ya, aku doakan pejuang Islam di Gaza selamat dan meraih kemenangan.
Tetapi, aku terkilan apabila melihat cacian saudaraku ke atas tentera Israel yang terkorban dan postkan gambar2 orang yang sudah mati atau mengeluarkan komen 'padan muka'. Jangan menjadikan diri kita seperti mereka kerana ajaran agama kita lebih mulia dari itu.
Marilah kita sama-sama meraikan kemenangan pejuang agama kita tiap kali tentera Gaza berjaya dalam pertempuran...Ya, raikan kemenangan tetapi bukan raikan kematian manusia.
Tentera Islam di Gaza berjuang demi kebebasan... demi nyawa-nyawa yang cukup berharga...
Mereka terpaksa membunuh untuk melindungi diri dan keluarga dari serangan musuh... Ia bukan disengajakan...
Ajarkan pada dunia, Islam bukan pengganas...Islam perjuangkan keamanan dan kemanusiaan.
Kalau kita mengecam sesuatu yang buruk, jangan kita pula mempamerkan sifat yang buruk yang mampu membuat orang salah sangka pada agama kita.
Peace!
http://www.youtube.com/watch?v=rD79V9qAPSw


Tuesday, July 8, 2014

Zen dah muncul...

Wohoo...
Cover Detektif Cilik Zen dah keluar.
Akhirnya tercapai juga cita2 zaman kecil aku untuk tulis buku penyiasatan. Alhamdulillah.
Kepada remaja-remaja di luar sana, jangan lupa dapatkan Zen 1 yg bertajuk De Mont dan Kristal Itali ya...InsyaAllah siri ke-2 akan muncul tak lama lagi... :)

Lambaian Jakarta...

Assalammualaikum!
Sebulan aku bekerja di Jakarta...
Dugaan paling berat adalah laptop aku nazak
Ia menghembuskan nafas terakhir (buat ms ni sebab aku belum hantar kedai) selepas 2-3 minit aku turn on
Rasa sesak dada
Sebulan aku tinggal di sebuah studio apartment yang terletak di antara Grand Jakarta dan Thamrin Mall tanpa laptop aku.
Aku naik banjou ke Tanah Abang seorang
Merayau2 di Thamrin Mall dan sesat seorang (sungguh memalukan).
Apa yang boleh aku katakan? Seperti di Malaysia yang ada sesetengah pemandu teksi adakalanya mengambil kesempatan ke atas pelancong, di sana juga sama. Aku pun ada juga kena. Nak buat macam mana? Aku kan perempuan, dahlah jalan seorang, tak kuasa aku nak gaduh dengan diaorang
Makanan Indonesia sedap2 belaka dan biasanya fast food pun ada meal yg ada nasi memandangkan Indonesian sangat menggemari nasi (mengikut pemerhatian aku) dan mereka biasanya pasti ada keropok ketika makan nasi.
Jalan Jakarta sangat menduga. Jarak apartment dan tempat kerja hanya 6.2km tapi aku boleh tersangkut lebih sejam. Kalau pada hari2 biasa pun, berangan sajalah kalau nak dapat drive pada kelajuan 90-100km/jam
Tapi, menarik! Lebuh raya di sana ada had slow. Ada had laju dan had slow pun ada untuk mengelakkan kenderaan drive slow sangat dan ganggu pengguna jalan raya yang lain. Almaklumlah, populasi di sana besar, jalan sentiasa sibuk atau macet (jalan busy dalam bahasa Indonesia).
Kefasihan rakyat berbangsa Cina di Jakarta bercakap dalam Bahasa Indonesia membuahkan rasa kagum dalam diri aku. Almaklumlah, tak ramai kawan2 aku yang berbangsa bukan Melayu yang fasih berbahasa Malaysia di pejabat aku di KL. Mungkin juga kerana tuntutan kerja sebab bahasa perantaraan kami di pejabat adalah Bahasa Inggeris.
Batik adalah pakaian yang sangat popular di sana dan juga pakaian rasmi. Tak kiralah bangsa apa, ramai yang berbaju batik dengan pelbagai fesyen ke pejabat.
Nama kawan2 di Indonesia juga menunjukkan mereka serumpun walaupun nama family bangsa lain ada tersorok dalam nama Indonesia mereka. Ia tidak ditunjukkan secara terang-terangan.
Paling pening kepala, sewaktu nak checkout, ada pula orang yang makan kat kafe lepas tu charge ke bilik aku. Gila! Banyak pulak tu. Tak kuasa aku nak bayar. Sampai sekarang aku pelik macam mana pihak hotel benarkan 3 lelaki asing charge makanan mereka ke studio apartment seorang perempuan. Aiyok!
Seperti attachment2 aku yang lain sebelum ini, aku dapat nampak pelbagai perkara positif dan negatif sewaktu sebulan aku di sana. Tetapi, aku mengambil yang jernih saja. Aku sendiri tidaklah sempurna.
Sudi-sudilah usyar gambar yang aku snap di sana sini.
Adios.