Followers

Friday, September 12, 2014

Nombor kad pengenalan?

Selepas banyak kali disoal tentang nombor tengah kad pengenalan aku yang tidak menyerupai kod 01-16, aku akhirnya gatal tangan untuk membuat research sendiri.
Aku menyemak dengan beberapa kawan yang lahir di negeri-negeri lain dalam tahun 1986 dan ternyata mereka (kesemua yang aku tanya) mempunyai nombor tengah IC yang bukan dari digit 01-16 seperti orang-orang lain.
Ramai yang selalu tanya aku kat mana aku lahir. Apabila aku jawab Pulau Pinang, mereka tanya kenapa bukan 07. Aku akan jawab tak tahu (obviously aku memang tak tau). Kalau tanya kebanyakan orang JPN pun mereka akan jawab tak tahu. Tetapi mengikut maklumat yang aku baca dari Malaysia Central Directory, berikut adalah nombor tengah IC mengikut negeri kelahiran masing-masing:

01, 21, 22, 23, 24 – Johor
02, 25, 26, 27 – Kedah 
03, 28, 29 – Kelantan 
04, 30 – Malacca 
05, 31, 59 – Negeri Sembilan 
06, 32, 33 – Pahang 
07, 34, 35 – Penang 
08, 36, 37, 38, 39 – Perak 
09, 40 – Perlis 
10, 41, 42, 43, 44 – Selangor 
11, 45, 46 – Terengganu 
12, 47, 48, 49 – Sabah 
13, 50, 51, 52, 53 – Sarawak 
14, 54, 55, 56, 57 – Federal Territory of Kuala Lumpur 
15, 58 – Federal Territory of Labuan 
16 – Federal Territory of Putrajaya


See! Penang bukan setakat 07 tetapi juga 34 dan 35. Dah terbukti yang aku memang orang Pulau Pinang (walaupun dialek aku sebenarnya boleh berubah-ubah ikut dengan siapa aku bercakap).

Dah alang-alang berkongsi tentang nombor tengah, mari komen tentang enam nombor IC yang pertama. Kebiasaannya enam nombor pertama adalah nombor tarikh lahir kecuali tidak dapat disahkan tarikh kelahiran. Jadi, semua orang pun dah sedia maklum yang nombor dimulakan dengan tahun kelahiran, bulan dan seterusnya tanggal. Nombor tengah macam aku cakap tadi nombor state.

Nombor terakhir pula kebiasaannya melambang jantina kita. Kalau nombor genap, bermaksud perempuan dan nombor ganjil pula untuk lelaki. Dalam sesetengah kes, ada yang tersalah dapat nombor untuk jantina dan kalau tak alert semasa buat nombor IC, nombor tu dibiarkan saja.

Sekian info untuk kali. Adios.


liza nur