Followers

Tuesday, December 30, 2014

Awesome 2014? Yes? Maybe?

Alhamdulillah,
Despite all the crazy stuff. Sakit otak and pening2 as usual, 2014 indeed is a better year.
Dalam 2014, aku menerima anugerah khidmat cermerlang, kenaikan pangkat dan anugerah penulis prolifik. Terkejut? Yup, aku juga terkejut! Aku dapat semua tu bukan sebab aku cukup bagus tetapi sebab aku dikelilingi oleh orang yang tahu menghargai. Terima kasih. Sebetulnya, aku belum cukup hebat untuk meraih apa-apa. Alhamdulillah di atas segala rezeki yang Allah limpahkan.
2014 membawa impak cukup besar.
Aku decided utk kahwin. Ia bukan satu keputusan yg mudah. Terlalu banyak yg aku fikirkan dan aku tak pernah sama sekali merancang untuk berkahwin tahun ni. Aku selalu igt yg aku akan kahwin dua tahun dr sekarang. Tetapi, akhirnya aku insaf. Bukan semua benda jadi macam aku nak.
Hidup tak selalu mcm fairytales. Terima kasih, Allah! Terima kasih sebab kurniakan aku seorang suami yg baik yg mampu bimbing manusia yg penuh khilaf mcm aku. Dia sahabat yang setia dan selalu percaya keupayaan aku walaupun aku sendiri selalu tak percaya diri aku.
Dalam 2014, aku keluarkan karya berjudul Pabila Dia Tersenyum. Selain itu, aku keluarkan dua buku teen penyiasatan-Siri Detektif Cilik Zen. Impian aku memang nak menulis buku penyiasatan sejak kecil. Akhirnya, dalam 2014, aku berjaya mencapainya.
Oktober lepas, editor BP contact aku dan beritahu manuskrip aku EXAG! yang aku hantar 2013 akan diterbitkan Januari 2015. Sekali lagi, Alhamdulillah. Apabila 2014 sudah hampir melabuhkan tirai, aku menerima kejutan dari editor Ecah yang buku kanak-kanak aku akan diterbitkan March 2015.
Terima kasih, Allah! Terima kasih juga kpd semua insan-insan yang menyokong aku selama ni! Btw, aku br dpt berita yg anak saudara aku akan bertambah lg. Chaiyok, Along! :p

Regards,
liza nur

Monday, December 29, 2014

Dugaan 2014

2014 mula melambai.
Membekam sejuta duka.
Bermula dengan peperangan yang tak sudah-sudah. Pertelagahan antara puak Israel dan Palestine di Gaza yang masih berpanjangan. Gambar-gambar perang yang menyedihkan tersiar melalui internet. Tabung Gaza ditubuhkan untuk membantu. Semasa kita mendoakan nasib saudara-saudara di sana, ada pula yang meletakkan gambar tentera-tentera Israel yang terkorban dan memaki-hamun mereka habis-habisan di Facebook. Sungguhpun aku marah pada kekejaman mereka, tetapi aku rasa kita tidak seharusnya meraikan kematian. Ia bukan budaya kita dan agama kita tidak mengajar kita untuk menghina orang lain.
Sedang nasib Palestinian tidak terbela, saudara seagama yang berlainan fahaman bertelagah di Syria. Ada yang menyokong IS dan ada sebaliknya menyebabkan agama yang dari tunjang yang sama berpecah. Persoalannya tak adakah resolusi lain selain perang? Menyembelih manusia dan membogelkan mangsa? Adakah itu ajaran kita? Sudah pasti tidak. Tetapi, manusia sekarang mendefinisikan agama mengikut keuntungan dan nafsu sendiri. Paling menakutkan komen-komen di yahoo news yang aku baca untuk melihat sentimen jelas menunjukkan kewujudan masalah perkauman. Adakah ia mainan politik? Entah, tetapi ramai orang-orang yang mengaku bijak pandai agama berhujah itu dan ini dan mempersendakan agama orang lain dengan menggunakan hadith-hadith yang jauh menyimpang maknanya dari apa yang mereka perkatakan. Sekarang aku mulai faham apabila orang cakap kalau nak belajar agama, kita perlu mencari guru. Jangan sesekali mencari definisi sendiri sesedap rasa hanya dengan membaca.
Wabak Ebola mengganas di Barat Afrika. Makanan ruji penduduk di sana iaitu ‘bush meat’ selaran buat monyet, kelawar dan etc membuat Ebola kian merebak. Ebola merebak dari haiwan liar kepada manusia. Di awal perebakan masih ada penduduk Afrika yang menyalahkan kerajaan mereka yang kononnya bertopengkan Ebola untuk mendapatkan bantuan dunia. Benarkah? Tetapi, penyakit ini membunuh (50% fatality) dan vaksin yang ada masih dalam peringkat trial. Tetapi ia bukan fenomena baru. Bermula di Sudan dan Congo pada tahun 1976, virus ini sudah menjadi semakin serius.
Plane crash membuka mata Malaysian. Ia juga bukan sesuatu yang baru. Tetapi ia mencelikkan kita kerana dalam tahun 2014, tiga aircraft milik Malaysia terlibat; 2 milik MAS dan 1 milik AirAsia. Bermula dengan 8 March 2014, apabila MH370 hilang bersama 227 penumpang dan 12 krew. MH370 adalah aircraft  jenis Boeing 777-200. Ia sepatutnya dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing apabila hilang tanpa petunjuk. Macam-macam teori timbul tanpa mempedulikan kesedihan keluarga mangsa. Semua orang berlagak macam crash expert.
Belum reda krisis MH370, pada 17 July 2014 satu lagi Boeing 777 milik MAS iaitu MH17 terhempas di sempadan Ukrain-Rusia akibat ditembak dan 298 orang maut. Bermacam lagi teori dicipta walhal kes yang disiasat belum disimpulkan. Ia lebih rumit memandangkan ia melibatkan beberapa nation dan pastinya menyentuh sensitiviti politik.
Apabila aku cuba menghela nafas, aku dikejutkan dengan satu lagi berita awal pagi semalam yang Airbus 320-200 QZ8501 milik AirAsia (49% owned-associate co AirAsia Indonesia) hilang semasa dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Juanda,  Surabaya ke Lapangan Terbang Changi, Singapore. Aku hanya mampu menahan sebak, bersengkang mata depan laptop dan menekan butang refresh sambil mengharapkan ada berita yang mampu mengungkai misteri kehilangan pesawat. Peluangnya tipis. Semasa krew meminta untuk menerbangkan pesawat ke 38,000 kaki untuk mengelak ribut pada jam 6.13am dan kemudian hilang dari radar pada 6.17am, ramai sudah menganggak kemungkinan yang berlaku. Apatah lagi dengan berita ribut yang melanda di situ sehingga ketinggian 44,000 kaki. Aku kelu. Aku aviation analyst, bukan crash analyst. Tetapi, tahun ini aku terjerat dalam perang spekulasi yang menganjak dan menjatuhkan saham-saham sektor penerbangan. Sebagai manusia, momen ini buat aku sebak. Terutama apabila aku terpaksa memberi update kepada fund managers semasa morning meeting tentang bencana-bencana sebegini.
Banjir satu lagi dugaan 2014. Ia sudah sinonim dengan Malaysia tetapi seperti tahun-tahun sebelumnya, tak ada sesuatu yang signifikan diubah untuk menangani banjir. Berita menghebahkan tentang bantuan banjir dan pemimpin turun padang. Aku faham ia penting. Tetapi, aku teringin untuk tahu apa yang diubah untuk mengelak ia datang lagi tahun depan. Banjir seolah-olah sudah menjadi tetamu tahunan. Lebih 100,000 mangsa banjir dipindah ke pusat sementara sampaikan warga hospital terpaksa berpindah-randah.
Selepas H7N9 (strain baru bird flu) dilaporkan March 2013, wabak ini diam seketika. Tetapi hujung minggu lepas ia muncul lagi di Hong Kong. Seorang wanita dikatakan telah dijangkiti H7N9 selepas makan ayam di Shenzen walaupun tidak terdedah kepada live poultry. Walaupun aku rasakan lebih ramai orang mati akibat demam biasa dari H7N9 buat masa ini, tetapi apa saja wabak memang menakutkan. Apatah lagi kalau WHO mengisytiharkan sesuatu virus atau penyakit sebagai pandemik.
Aku bingung seketika. Mungkin tika ini, aku terdedah kepada aura negatif dari insiden sekelilingku sehingga susah untuk aku mencerna. Dalam beberapa hari lagi, sebelum 2014 melabuh tirai, InsyaAllah aku akan cuba mencoret ceritera positif yang aku lalui sepanjang 2014. Untuk sekarang, aku tidak mampu bercakap apatah lagi berfikir tentang aku apabila otak aku berputar pada skala manusia sekeliling yang dilanda bencana.

Untuk sekarang, adios! Assalammualaikum!

Wednesday, December 3, 2014

Manusia dan Monyet

Minggu lepas, aku gi main badminton berdekatan Taman Rimba Ampang.
Lepas main badminton, aku menghabiskan kudrat dengan speed walk.
Sambil hirup udara segar, aku cuci mata tengok pokok-pokok hijau dan monyet-monyet main.
Tak lama lepas tu, aku nampak empat orang remaja yang menaiki motor. Penunggang motor pertama bawa seorang remaja perempuan. Penunggang yang kedua bawa kawan/saudara lelaki. Aku rasa usia mereka dalam lingkungan 14-16 tahun.
Cuti sekolah. Jadi, aku kagum ada juga remaja bangun awal untuk beriadah dengan rakan-rakan (aku cuba fikir positif). Perkembangan fikiran positif aku akhirnya terbantut apabila nampak mereka merokok. Hadoi!
Tetapi, tiba-tiba aku nampak motor dua remaja lelaki tadi berhenti. Mereka kutip sesuatu dari atas jalan (batu atau ranting kayu). Aku nampak mereka patah balik dan baling benda yang mereka kutip pada monyet-monyet yang tak usik mereka langsung tu.
Mereka keluarkan bahasa kesat pada monyet-monyet tu. Mereka panggil monyet tu b*** (walau dah sah2 itu monyet dan bukan b***. Kesian pada mereka, buta spesies rupanya). Mereka marah-marah. Kemudian, mereka gelak.
Aku tersentak sekejap.
Alangkah malunya aku sebagai manusia. Tiba-tiba aku rasa monyet-monyet lagi bijak dari manusia. Mereka buat hal sendiri dan tak kacau orang. Mereka cari makanan untuk anak-anak dan diri mereka sendiri. Mereka tak ada corruption dan mereka ajar anak-anak mereka untuk jadi monyet sejati. Sob sob sob.
Kepada adik-adikku yang dikasihi, anda semua dikurniakan otak yang bijak. Jadi, tak usahlah bersikap kurang bijak. Jangan jadikan alasan masih muda untuk buat salah. Sejujurnya, aku dan kawan-kawan baik aku masa sekolah dulu tak pernah pun baling benda pada binatang dan maki2 (oh, tapi aku pernah marah seekor biawak sebab makan anak itik aku yang comel). Padahal aku dok kampong lagilah banyak binatang.
Sekian, cerita kali ini…

Adios!