Followers

Monday, April 6, 2015

The Unsung Hero...

Life can be bitter at times...
Tapi, kepahitan tu kalau diteguk lama...kita akan jadi immune...
Kwn2 aku selalu tanya kenapa aku tak tulis tentang kisah benar...kisah sendiri..
Memang aku ada sisipkan secuit kisah benar dalam fiksyen yg aku karang...
Cuma bukan mudah utk cerita kisah aku sebab aku terpaksa renjis perasaan aku yg sebenar utk tiap satu insiden...dan perasaan sebenar aku bkn sesuatu yg aku boleh refleks pada semua org...Tapi, utk kali pertama, aku teringin utk bercerita tentang adik...
Jam berdetik pukul 2.13am...Aku br terima whatapps text dan gambar dr Along utk sampaikan berita yang anak saudara aku dimasukkan ke wad sbb lung infection...Gambaran Dazz atas katil hospital mengingatkan aku pada adik kecik aku (okey, dia dah 22 tahun tp pd aku dia sentiasa kecik).
Adik adalah salah seorang wira hidup aku (adakah statement aku poyo? Ya, kalau aku cuba jd jujur, semua ayat aku kedengaran poyo)
Sebelum usia aku menganjak ke angka tujuh, aku selalu minta dari mak seorang adik.
Aku memang degil sejak kecil, kalau aku nak A, A jugalah akan aku kecohkan sampai aku dapat hajat aku.
20 Feb 1993, doa aku diperkenankan...Mak lahirkan seorang adik utk aku...
Aku superexcited ms mak bawa balik adik ke rumah. Mak baringkan adik atas kusyen tua rumah dan aku akan terpacak di tepi utk tgk setiap pergerakan adik...
Belum sempat aku lepaskan rindu dendam (sebab mak jarang bg aku peluk dan cium adik byk2 sebab adik masih fragile. Yup, of course aku tak dibenarkan dukung adik sebab aku terlalu ketot dan tak berkudrat), dalam usia lingkungan enam minggu, muka adik jadi pucat lepas minum susu...
Along telefon mak dan mak bergegas balik ke rumah dan bawa adik ke hospital...
Along tak ada lesen dan kami tak ada apa2 transport...selalunya kami naik bas..Tapi sbb risau, Along pinjam motor kawan dan bawa adik dan mak ke hosp.
Di hospital, nurse cakap tak ada apa-apalah dan suruh bawa adik balik tapi ada seorang attendant hosp tgk muka adik dan cakap ada yg tak kena dan suruh tahan dan panggilkan doktor.
Mak menangis, Along menangis...kami semua menangis lps dpt tau adik ada masalah jantung yg kronik dan salur darah adik di bahagian jantung tak sempurna.
Adik ditahan di wad ICU. Hari2 mak tidur kt hosp. Along bwk mak baju ganti tiap2 hari supaya mak blh ulang-alik dari office ke hosp.
Doktor ckp adik tak ada harapan...Tambah menyedihkan waktu doktor sorg ni cakap kat mak, 'Puan, sediakan kain kapan. Dah tak ada harapan.' Sebagai ibu tunggal dan tunggak keluarga, aku tak dapat bayangkan perasaan mak ms tu...
Kali pertama aku dibawa tgk adik, aku hanya boleh tengok melalui cermin jernih. Aku tak boleh masuk dalam. Aku hanya tgk tiub2 yg dimasukkan melalui tubuh adik. Aku doa supaya aku boleh tukar tempat dgn adik. Sebab fikiran aku ms tu, adik masih kecik dan comel..aku pula bdk comot yg selalu kecikkan hati mak. Adik patut terus hidup...
Kuasa Allah...Adik aku hidup. Setiap kali jumpa doktor utk follow up masa dia kecil, doktor ckp keadaan jantung dia makin teruk...Tapi, adik aku hidup sampai sekarang dan dia membesar jd budak yg sama nakal dgn kakak dia yg ketot ni...hehehe
Hari demi hari bawa cabaran baru bagi kami. Alhamdulillah, nyawa adik dipanjangkan walaupun separuh otak adik tak berfungsi, tangan kanan dia lumpuh dan dia berjalan dengan menyeret kaki kanan dia...Adakalanya dia kena epilepsi sebab oksigen yg dipam tak cukup. Kalau terlalu penat muka adik jadi kebiruan.
Aku tak pernah malu dgn adik walaupun air liur dia selalu meleleh dan dia suka berjoget depan orang. Cuma aku takut orang rasa adik menyusahkan dan aku juga takut orang tak suka adik. Jadi, aku jadi kakak yg control freak dan suka marah2 adik. Walaupun malam2 aku akan tidur peluk adik dan kongsi selimut dgn dia (Oh, dia sgt suka curi selimut aku dan bl pagi aku biasanya terbangun sebab menggigil sejuk..dan si kecik tu suka curi seluar pendek aku ms kecik dan buat jadi seluar panjang dia...lepas tu dia mengengsot satu rumah sampai bontot seluar aku hitam legam...gosok2 dgn berus pn tak keluar...ceis kek..hehehe)
Lepas tu adik suka gigit aku dan cakar2 tgn aku...Aku ckp kat kawan2 sekolah kucing cakar. Adik juga budak yang menarik subang aku masa aku baru tindik sampai lubang subang kat telinga aku besar gila dan hodoh sampai sekarang...nakal sungguh budak comel sorang tu. Apa nak buat?
Sampai lebih kurg umur 5-6 tahun, adik belum boleh jalan. Kami tak ada budget beli kerusi roda jadi kami guna baby stroller lama utk bawa adik gi pasar malam dan jalan2...Orang selalu sindir2 tgk adik dah besar tp masih dalam stroller. Suka ati doranglah, aku selalu buat dunno aje.Tapi, masa first time adik boleh jalan dgn seret kaki kanan dia, aku rasa bangga sgt2. Rasa macam aku mak yg first time tgk anak aku bertatih.
Aku sayang adik. Tapi, aku bukan kakak yg lemah-lembut mcm Angah. Aku tak tau tunjuk perasaan aku secara terang-terangan dan mengusik adik adalah hobi masa lapang aku.
Menjaga adik adalah dugaan besar utk keluarga sebab keadaan mental dia yg tak stabil dan keupayaan berfikir dia yg terhad...Kalau adik mengamuk, semua org kena pukul termasuk mak dan brg2 rumah dipecahkan. Tapi, kami tau adik sakit. Kami tak pernah berdendam. Marah kami cpt reda dan lepas tu tidur saling berpeluk balik. Itulah kami adik-beradik...Along, Angah, aku dan adik. Kami tak perlu minta maaf lepas gaduh sbb kami akan sentiasa memaafkan each other dan lepas tu geng balik macam tak ada apa yg jadi.
Aku teringat ada sekali ni, Angah dan mak bawa adik ke pasar raya. Adik kena epilepsi dan jatuh. Angah cepat-cepat angkat adik lepas adik sedar balik. Tapi, orang sibuk berkerumun dan ada seorang ni cakap dgn sombong, 'Dah tau sakit, bawa keluar buat apa?'. Aku sedih dgn orang mcm ni! Kau ingat kalau orang tu OKU, dia layak berkurung dalam rumah aje? Aku kurung kau nak? Kalau aku ada kat situ, memang aku cili la mulut orang tu. (Nasib baiklah mak dan kakak aku tu memang jenis penyabar dan bukan macam aku).
Sekarang, aku hidup berjauhan dari adik. Adik duduk dgn angah dan mak di utara. Aku cuba balik sebulan sekali dan call at least 2-3 kali semggu.
Tiap kali balik, kena bawa adik hadiah. Nanti dia akan excited gila. Adik manusia yg tau menghargai. dia tak kisah walau kau bg dia satu batang pensel aje pn. Asalkan dia terima sesuatu, dia akan cakap thank you dan happy sgt (sampai kekadang melonjak).
Adik ajar aku banyak perkara dalam hidup... ketabahan dan keikhlasan adik buat aku rasa hidup ni senang tiap kali aku terpukul dgn masalah...sebab aku rasa kalau adik blh terus hidup dgn kesakitan yang dia lalui dan pandangan serong org, takkanlah aku tak boleh...
Thanks, adik! Achik sayang adik :p

Thursday, April 2, 2015

Songs of life...

Hidup ni byk lagu...
Pendapat personal aku, lagu tidak melalaikan selagi kita menghad obsesi kita.
Apapun yang kita buat dalam dunia, eloklah bersederhana.
Aku tak pernah mengagungkan mana2 penyanyi tetapi itu tak bermakna aku tak suka dgn lagu.
Suara alam juga sebenarnya lagu bg yg tau menterjemah.
Nenek angkat aku, Mak Tok Tijah adalah penyanyi caberet. Sejak aku masih dalam buai, mendengar mak tok menyanyi ada sesuatu yang normal sebab mak tok pengasuh aku bila mak keluar kerja. Mak tok menyanyi bila2 masa dan kat mana2 saja kecuali sewaktu dia mengaji Al-Quran dan membebel dan sewaktu dia masuk bilik air/toilet.
Kebanyakan lagu2 mak tok nyanyi adalah lagu Saloma dan P-Ramlee. p/s sebab itulah aku masukkan scene nyanyi lagu dalam Roti Cicah Susu.
Kalau mak tok suka nyanyi, mak pun suka juga.
Mak kenalkan aku pada Carpenter, Neil Sedaka dan The Beetles. Ni antara lagu2 lullaby yg mak akan nyanyikan pada aku waktu aku nak tidur.
Mendengar lagu2 lama buat aku teringatkan mak dan mak tok.
Aku suka dengar lirik lagu yg aku rasakan bermakna dan aku rasa kebanyakan lagu2 lama sifatnya begini.
Lagu2 baru pula selalu menggunakan lirik yg dh seakan-akan lagu lain dan kekadang tidak memberi impak untuk bertapak dalam hati.
Sewaktu aku membesar, aku teruja sewaktu fever genre2 tertentu dalam industri macam nasyid (syahdu dengar lagu Raihan) dan irama Malaysia.
Sayang, musim lagu2 ni tak lama.
Aku bukan tak suka muzik moden. Cuma aku rasa kita terlalu mengagungkan fenomena artis luar negara.
Kita cakap pasal nak naikkan tourism (walhal tourist yg paling ramai ke Malaysia pn kalau check kat website tourism kita sebenarnya Singaporean...yg aku rasa cross-border utk shopping sekejap...according to statistic, last year tourist yang mencatatkan peningkatan yg paling tinggi ke Malaysia adalah Bangladesh)...Aku rs kita sebenarnya semakin hilang jejak budaya kita. Apa yg buat orang luar mengagumi kita? Pemandangan cantik? Banyak lagi negara yang ada tempat2 yang cantik. Kalau kita terus hilang jejak budaya kita, tak kiralah alat muzik, lagu2 atau adab kesopanan kita (teringat aku budak dlm lrt yang berdiri sebelah aku yg jerit f**k kat kwn dia semlm), aku rs kita takkan ke mana...
Bak kata mendiang LKY, they may think they are superior but I don't think I am inferior. Dah tiba masanya kita fikirkan budaya yg mahu kita kekalkan. Adakah kita mahu kejarkan budaya moden di luar sana semata-mata atau kita mahu membangun seiring dengan budaya jati diri kita? Kalau kita matikan budaya kita sekarang (terutama dr segi adab), jgn pula berangan cucu-cicit kita akan kembalikan semula budaya kita. Tepuk dada, tanyalah minda...