Followers

Saturday, January 30, 2016

Plan 2016

Greeting!

Assalammualaikum,

Januari 2016 dah nak sampai hujung...
Hari ni dah 31 Jan 2016.
Walaupun dah 31 hari masuk tahun baru, hopefully tak lambat lagi nak ucap 'Selamat Tahun Baru!'
Aku dah letakkan rasa depresi ke tepi dan mula plan ahead. Poyo aje tua-tua nak merajuk. Apa barang?
Seperti biasa, tak kira apa jadi, hidup kena diteruskan.
Oleh kerana, musim mainstream yang makin sepi dan banyak pengkarya yang hebat-hebat, aku cuba kaedah diversification untuk meneruskan minat dlm bidang penulisan.

Pertama, aku dah berjaya hasilkan kompilasi puisi yang pertama.
InsyaALLAH, dah ada publication house yang setuju utk terbitkan.
Sekarang, masih dalam proses pemilihan cover buku.
Terus-terang aku sangat happy dengan komitmen pihak penerbitan, terutama pengurus projek.
Setiap kali aku call, panggilan dijawab dengan mesra.
Walaupun jawapan belum ada, diaorang akan jelaskan elok2 yang meeting tertangguh dan sebagainya.
Lepas pass pada pengurus projek, dia update aku apa yang diperlukan dan kongsikan cover-cover yang sudah disiapkan designer.
Thumbs up kepada designer diaorang! Aku suka hasil kerjanya.
Aku gunakan nama sebenar aku untuk buku ni.
Nama pena Liza Nur akan terus setia dengan BP.

Kedua, aku telah berjinak-jinak dengan buku alternatif.
Memang sejak awal penerbit alternatif bertapak, aku dah ada crush.
Disebabkan kegilaan aku mengarang, aku pun cuba nasib.
Alhamdulillah, manuskrip pertama aku akan keluar dengan salah satu publisher indie March nanti.
Aku gunakan nama pena lain untuk genre alternatif sebab aku tak nak pembaca terkeliru atau expect gaya penulisan aku sama macam mainstream.
Lagipun, aku hormati publisher yang dah susah payah promote pen name aku.
Jadi, tunggu...
Kalau dah keluar nanti, aku akan war-warkan di akaun baru.

Regards,
liza nur